Sebelum ke UKM untuk menyaksikan teater ini, saya sempat singgah di Putrajaya dan mengabdikan sedikit pemandangan indah di sana ketika senja berlabuh.
Teater Perkahwinan adalah sebuat teater romantik komedi dan telah dipersembahkan di Panggung Seni UKM Bangi pada 11hb dan 12 hb Mac yang lalu. Ianya menampilkan Edlin sbg pemegang watak utama iaitu RoseFatimah dan juga Aulia pemegang watak utama lelaki sebagai Ahmad.
Kisahnya berkisar dalam kehidupan Ahmad, seorang pemuda pertengahan umur yang masih belum beristeri dan bersikap pemalu terhadap wanita. Memandangkan usianya yang semakin meningkat, beliau berkeinginan untuk mendirikan rumahtangga dan menggunakan khidmat Cik Kiah, seorang pencari jodoh. Usahanya itu turut di bantu oleh seorang rakan karibnya.
Cik Kiah kemudiannya memperkenalkan Ahmad kepada RoseFatimah, seorang anak hartawan yang cantik di kampung tersebut dan merancangkan pertemuan mereka di rumah RoseFatimah. Namun percubaannya untuk menawan hati Rose mendapat tentangan dari 3 lagi lelaki yang turut ingin memperisterikan Rose iaitu:-
1) Dahlan seorang pelaut, yang telah menjumpai Sydney di German.
2) Arjuna seorang hair stylist, yang lemah lembut
3) Serunding seorang peguam yang hidup senang dan mementingkan kebendaan
Pelbagai kisah lucu berlaku dalam usaha mereka memenangi hati Rose yang mana akhirnya Ahmad berjaya dalam usahanya. Malangnya, disebabkan sikapnya yang amat pemalu dgn wanita, Ahmad mengambil keputusan melarikan diri sebelum waktu perkahwinannya.
Apa yang menarik dalam persembahan teater ini adalah kejadian2 yang berlaku di waktu jejaka-jejaka tersebut cuba memenangi hati Rose. Memang tidak kering gusi bila menyaksikan telatah mereka dalam usaha tersebut. Persembahan Aulia sebagai Ahmad begitu berkesan sekali. Edlin yang tampil buat kali kedua di dalam teater juga menunjukkan persembahan yang amat berkesan. Tahniah buat Edlin!!! Sememangnya penampilan dan lakonannya itu nampak bersahaja dan beliau begitu menghayati watak yang diberikan kepadanya. Dengar ceritanya teater ni akan di pentaskan di Indonesia pula... hmmm... bila tu agaknya... Kini saya sedang menanti teater ketiga Edlin yang kini sedang dalam produksi dan akan di tontonkan pada April/May ini.