Sebelum berkayak, peserta diajar bagaimana hendak berenang mengunakan baju pelampung, cara menyelam, melompat atas dan bawah kayak serta pertandingan bersama kumpulan. Semasa berkayak, kami diajar antaranya bagaimana hendak mengayuh dan memberi arahan kepada orang hadapan. Kami jugadiberi ujian untuk sampai ke satu destinasi, membuat satu kepungan, melintasi 2 pelampung dan bagaimana hendak mengundur kebelakang. Secara keseluruhannya belajar berkayak serta aktiviti air adalah suatu pengalaman sangat bermakna disamping menyeronokkan