Jungle tracking di hutan kem tok sakah ini merupakan kem yang agak mencabar, ini kerana terdapat banyak pokok-pokok yang berduri disamping tanah yang agak lincin. Ada seorang dua yang terjatuh, terkena lintah, "tarik mengkarung" dan ada yang terseliuh. Semasa di pertengahan pejalan, setiap kumpulan dikhendaki membina sebuah trail untuk membawa pesakit, kami dikhendaki memotong dahan-dahan pokok, mengunakan apa yang ada seperti baju tangan panjang, beberapa helai kain pelekat , batik dan juga tali. Kumpulan hari ke dua ditimpa masalah apabila mereka dapati pinggan tidak dibawa semasa perjalanan, nasib baik boleh digantikan dengan daun pisang sebagai alas. Ada juga yang tidak membawa beras dan bekalan makanan yang cukup, tapi atas kerjasama kumpulan bergabung semua makanan, kami semua dapat makan dengan kenyang, Alhamdullilah