Kami berkumpul di taman siswa tepat pada pukul 5, lepas tu kami kumpul semula di hadapan surau ipda, rasanya selepas semayang subuh kami pun mula bertolak, ia mengambil masa lebih kurang 4 jam. Kami singgah ke perhentian Bukit Gantang, Dan setelah sampai kami bersiap menyediakan khemah masing-masing dan membuat majlis pembukaan Kem Bina Insan Guru yang ke 2.