Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


kena buat 4 musim
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
kena buat musim



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 2-Mar-2006 12:27
Pre-school activity ~ Seikatsu happyoukai
Inilah penyertaan terakhir kami di dalam aktiviti sekolah Zakiah, anak kedua kami yang belajar di Oita Rougakkou. Selepas ini kami cuti selama sebulan sebelum pulang ke Malaysia akhir Mac ini. Persembahan ini diadakan setiap hujung tahun untuk melihat pencapaian anak sepanjang setahun di sekolah....tiada exam macam kat Malaysia tu. Letih tengok anak-anak berlatih dan menyediaan peralatan, letih juga tengok cikgu-cikgunya kelam kabut mengatur aktiviti. Bukan mudah nak urus anak-anak seusia 4-6 tahun jika tiada kesabaran. Ibu-ibu pun tak boleh lepas tangan...kene ikut serta menyediakan peralatan dan melihat anak berlatih.

Kalau sistem pendidikan Malaysia ikut cara sistem pendidikan di Jepun ni....tak tahulah macamana. Takut tak ramai dah yang berminat nak jadi cikgu. Tapi sistem ni menjadikan hubungan murid dan guru kelasnya amat rapat...

Dalam kelas setiap pelajar ada binatang peliharaan dan kesukaan masing-masing. Zakiah suka zarigani (crayfish), kawan sekelasnya Satou suka ladybird dan Shibata suka katak. Berlatar belakangkan 4 musim di Jepun, mereka melakonkan balik apa yang dipelajari dari awal tahun. Banyak juga dialog yang kena diingat....namun matlamat utamanya adalah komitmen dan kesungguhan pelajar. Melatih anak-anak berani tampil di hadapan orang ramai dan membuat persembahan.

Peluang mengikuti sistem pendidikan di sini adalah satu perkara yang sangat bererti. Dulu sebelum datang Jepun saya jadi ketua guru disiplin....susahnya nak tahu rumah pelajar bila ada masalah timbul. Kadang-kadang murid tipu alamat dan nombor telefon penjaga. Ibu bapa murid pun belum tentu guru kenal. Hubungan murid dan guru nampak dekat tapi sebenarnya jauh, tak dapat nak menyelami hati murid sepenuhnya. Mungkin tekanan kepada peperiksaan menjadikan hubungan guru dan murid agak jauh.

Inilah pengalaman....orang kata jauh perjalanan luas pandangan.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.