*Tiada alasan di hadapan Allah SWT nanti... *
PADA hari Kiamat kelak, ada empat golongan manusia yg mengemukakan
pelbagai alasan mengapa mereka tidak sempat beribadah kepada Allah SWT
ketika di dunia. Ahli sufi Al-Faqih Abu Laits memberitahu, keempat-empat
golongan itu ialah orang kaya, orang melarat, hamba abdi dan orang sakit.
Pabila ditanya kenapa kau meninggalkan solatmu?
kerana menguruskan kekayaan?
-- Sesungguhnya Nabi Sulaiman adalah seorang raja dari timur ke barat
tetapi beliau tidak derhaka kepada Tuhannya.
kerana derita sakitmu?
-- Benarkah sakit kamu itu lebih berat daripada sakit yang dideritai Nabi Ayub?
Walaupun sakit teruk, Nabi Ayub tetap beribadah kepada Tuhannya.
kerana melaratnya hidupmu?
-- Benarkah kamu lebih melarat daripada Nabi Isa? Kemelaratannya tidak
menghalangnya daripada mengabdikan diri kepadaKu
kerana kau hamba kepada tuanmu?
-- Nabi Yusof yang tidak lupa mengabdikan diri kepada Tuhan walaupun
pernah menjadi hamba.
Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud : " Maka di hari Kiamat kelak, tiada
seorang pun yang boleh mengemukakan alasan mengapa tidak beribadah dan
tidak mengabdikan diri kepada Allah SWT ketika di dunia.
| Quote: |
| "Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan sembahyang; kerana sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar" Al-Baqarah:153) |