Hari ini ada kenduri sket,

untuk Luqman Hakim. coz dari dia umur sebelum 60 hari lagi nak buat kenduri nih, tapi tak jugak dapat peluang,

so hari ni ada rezeki lebih sket,

walaupun umur dia dah lebih dari 60 hari ( orang tue2x kata umor bawah 60 hari tu lagi elok kalo buat kenduri cukur jambul nih, ntah ler..

) maka berlangsunglah kenduri cukur jambul untuk anak sulong kami

Luqman Hakim.
Antara aturcara majlis cukur jambul yang sedang berjalan, Luqman di kendong oleh bapanya semasa bacaan Marhaban sambil Tok Imam Masjed Desa Putra memotong jambul Luqman.
Wak Nan turut serta dalam bacaan Berzanji bersama jemaah masjid Desa Putra.