Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


WaJaH ClaSsiC DaRi DePaN...

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
WaJaH ClaSsiC DaRi



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 15-Dec-2005 00:00
KeNaNgaN Ku Ke SeKoLaH BerSaMaNyA.....
Ni ler motor yang slalu hantar aku pegi balik dari rumah ke skolah.. classic sungguh... begitu besar jasanye kat aku dan jugak famili... now motor ni pun dah tak gune lagi...dah tak bole nak start... org tua aku pun dah ade motor baru... jadilah ianya hiasan abstrak dan sekerap kat depan umah aku tuu... dapatlah ianya mengindahkan lagi pemandangan... ehehe... skang ni aku ngah dalam usaha nak bawak kuar sonyap-sonyap motor ni.. nak bawak pegi mane..??? ape lak nak bawak beracing... nak pi timbang kati kat besi buruk ler... ahaks~!! dapat gak duit lepak-lepak... minum-minum....

Sebelum kita berbicara lebih lanjut dan lebih melalut, ini spesifikasi asal motor Honda Cub yang banyak berjasa dalam sejarah motor dunia

Spesifikasi motor Honda Cub :

Engine: Air-cooled 4-stroke single OHV
Displacement: 49.0cc
Bore x Stroke: 40.0x39.0mm
Max Power: 4.3ps/9,500rpm
Max speed:: 65 km/h
Transmission: 3-speed
Clutch: Wet multi plate centrifugal
Starter: Kick
Frame Type: Step-thru pressed steel tube
Suspension (F): Leading bottom link
Suspension (R): Swingarm
Brake (F): Leading trailing drum
Brake (R): Leading trailing drum
Dry Weight: 55.0kg




SeJaRaH HoNdA CuP KaT MaLaYsiA

Sejarah Honda Cub kat Malaysia, pengasasnya Boon Siew Honda ialah mendiang Tan Sri Loh Bon Siew, seorang anak dagang yang dating dari negara China yang mana yang datang ke tanah melayu dengan menaiki tongkang pada tahun 1924. menurut sejarah (betul atau tidak?) beliau bermula sebagai mekanik dan jugak melakukan kerja sambilan yang lain antaranya mencuci bas. Mendiang hanya tahu bertutur dalam bahasa hok-kien sahaja, tidak tahu membaca dan jugak menulis, tetapi memiliki tahap ingatan yang amat dikagumi. Itu yang masa dia tandatangan kontrak ngan Honda Motor Co. Ltd kat Jepun pi sign pakai pen merah. Terus automatik sign kontrak sampai mati.

Honda Cub, dinegara kita memang diakui tahan lasak & senang penyelenggaraan, tak banyak cerewet. Sewaktu dahulu harga trade in untuk Honda Cub ini sangat rendah disebabkan waktu itu model ini hanya digunakan oleh orang kampong terutama orang yang berumur. Tetapi disebabkan peralihan zaman, kesedaran anak muda terhadap model lama Honda Cub yakni kualiti dan keupayaan enjin yang tahan lasak telah menyebabkan harga trade in sekarang menjadi semakin tinggi. Tapi harga yang tinggi tu terhad kepada model-model keluaran tahun 70-an ke bawah, sewaktu zaman penggunaan system contact point lagi. Itu lah yang menampak antic nya.

Kita boleh lihat sekarang, ada yang berani meletakkan harga sekita RM5,000 dan ada pula yang sanggup memiliki motor itu lebih daripada harga asalnya dahulu yang mana menjagkau 10 kali ganda.

Semenjak Honda Cub dibawa masuk ketika Boon Siew Honda ditubuhkan, merasa jugak orang kita naik motor, dan tidak ketinggalan taraf kehidupan juga ada perubahan. Sebelum itu ramai antara orang kita Cuma mampu menggunakan basikal sahaja.

Honda Cub adalah model ketiga yang dibawa masuk ke Malaysia selepas Honda Dream dan Benley.

Faktor utama yang menjadikan siri Honda Cub nie sangat berjaya adalah sebab:-

1.Murah giler berbanding motor lain
2.Senang ditunggang sebab pakai automatic centrifugal clutch, so takder laa terkial2 nak balance minyak dgn klac
3.Fuel consumption yang sangat rendah
4.Berupaya bawak banyak muatan. Kat negara-negara membangun, banyak orang yang guna Honda Cub bawak hasil pertanian.
5.Senang nak cilok time jem giler
6.Maintenance dan spare part murah
7.Penggunaan enjin 4-stroke yang membolehkan Honda Cub boleh lepas piawaian emisi yang ketat

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.