Meriah! Meriah Meriah!..hanya itu gambaran yang boleh di nyatakan bagi acara family day MyIPO yang julung kali di buat jauh dari kesesakan bandaraya Kuala Lumpur...Jika tahun lalu di MINES WONDERLAND kali ni TIARA BEACH RESORT, Port Dickson pula jadi pilihan.
Apapun yang meninggalkan kenangan pada saya...adalah kerana pada tahun ini menjadi tahun bertuah berbanding tahun lalu. Jika tahun lalu dan sebelumnya tidak pernahlah saya memperolehi apa-apa hadiah setiap kali acara LUCKY DRAW di adakan..bagaimanapun tahun ini saya antara mereka-mereka yang bertuah tetapi tuah saya bukan setakat tuah biasa tapi sekali dapat tuah GRAND PRIZE..
Aduh!! rasa macam nak pengsan sesangat sbb terkejut..lagipun pada akhir-akhir cabutan memang tiada mengharap sangat.. tapi tu la kan nama lagi cabutan bertuah so mungkin ini adalah tuah saya pada tahun ini