on 12th november @ raya ke 10, aku, awang, Dz n Jeda telah berpakat berempat untuk buat open house di rumah Dz n jeda. open house ni berjalan 2 shift iaitu dr pukull 1-3 untuk family n dr pukul 3 dan ke atas untuk orang bujang. Agak banyak juga menu yang kami sediakan (kami??,,,, dz n jeda je masak..kuikui). Main menu adalah nasi minyak disamping lauk seperti ayam masak merah dan dalca. Selain tu banyak juga side dishes yg dihidangkan antaranya kek lapis sarawak, puding, caramel, kek coklat n etc. Tentang rasa sedap atau tak... secara ikhlas n jujur memang lah sedap.(bkn aku yg masak so x angkat bakul lah kire yek..).Memang banyak pujian yang melambung2 diberikan pada tukang masak berdua tu. Sampai ada yang mengatakan mereka ni dah lulus boleh kawen dah...<sah sah time kene puji ayat ni muka merah2 + bangga> . hahaha.
Pada belah malamnya selepas budak bujang balik, chema n anna sefamily sekali lagi menyerang rumah dz n jeda. Katanya nak serang laksa penang n memang sah... chema menyerang laksa penang bertubi2 . Sedap sangat ke chema?. hehe.. no komen.. sedap la juga but pada aku.. laksa johor gak best

.
Walaubagaimanapun, kami berempat amat berpuas hati dengan usaha yang kami kuarkan. Walaupun letih n penat memasak, tapi seronok bila lihat tetamu makan dengan lazatnya n licinnya. Terima kasih aku ucapkan pada Dz n jeda yang sudi mengajak aku n awang untuk jadi penganjur bersama. Maklumlah, kalau nak suruh aku buat open house.. x ter-open2 la house aku jadinya.

.
Akhir skali, nak ucap sorry cos gambar x berapa clear. Saikin camera aku tak berapa elok n asek ada masalah memory card je. Anyway..enjoy the pics