Alhamdulillah... hari ni selesailah sudah perjuangan umat Islam seluruh dunia menahan lapar dan dahaga sepanjang menjalani ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadhan.. walaupun aidilfitri tahun ini agak suram dan hambar kerana bencana alam yang telah menimpa banyak negara-negara Islam.. kita sebagai warga Malaysia seharusnya bersyukur kerana masih berpeluang menunaikan ibadah Ramadhan dan menyambut Syawal tanpa apa-apa halangan dan cabaran yang besar...
Walaupun tahun ini tak dapat menyambut aidilfitri di Malaysia... tapi di bumi Australia alhamdulillah suasana aidilfitri masih terasa... masih dapat makan ketupat dan rendang... kuih-muih pun banyak juga... yang dihantar dari Malaysia... ekekek... i tak raya di rumah sendiri di Clayton tapi beraya di rumah Kak Riza and Kak Imah di Footscray.. tiga orang jer.. sebab yang dua orang lagi balik Malaysia.. Walaupun cuma tiga orang macam-macam jugak kami masak... i masak rendang ayam and bergedil, Kak Riza masak kuzi ayam and sate goreng, Kak Imah pulak buat nasi tomato, kuah kacang and acar nenas... sedap semuanya... tapi kesian kat Kak Riza sebab petang raya ada meeting dengan supervisor and Kak Imah masih sibuk siapkan assignment... i jer yang free sebab semua dah settle...
To Kak Riza and Kak Imah... thank you very much atas layanan yang diberikan and for all the juadah hari raya... sorrylah mengganggu akak berdua... hehehe... kalau tak der akak berdua tak berayalah saya... tak pun raya dengan housemate Indonesia lah nampaknya...