Hi, Assalamualaikum semua!!! Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Hari Raya masih berbaki. Apa kata kita isi dengan menziarahi kaum keluarga dan sahabat handai.
Tahun ini kali pertama kami beraya sebagai suami isteri. Agak meriah juga kerana tahun ini giliran kakak sulung beraya di rumah kami. Tahun hadapan mereka di Pahang pula. Riuh rendah rumah dengan suara anak-anak saudara.
Keluarga nukleus kami kecil sahaja. Rujuk pada gambar kami sekeluarga. Perkenalkan:
Barisan hadapan dari kanan:
Anak saudara yang sulung: Nurul 'Ainaa' Najwa binti Mohd Subri (5)
Emak: Saimah binti Haji Jamhari (56)
Adik bongsu: Mohd Faizi bin Jailani (20)
Anak saudara kedua: Nurul Aisyah Syahirah binti Mohd Subri (4)
Barisan belakang dari kanan:
Adik perempuan ketiga: Nur Fariha binti Jailani (24)
Kami: Nur Jannat binti Jailani & Johan Firdaus bin Mohamed Fawzi
Abang ipar: Mohd Subri bin Hj Saud (35)
Kakak sulung: Nur Hafizah binti Jailani (29)
Anak saudara ketiga: Nurul Aqilah Huda binti Mohd Subri (5 bulan)
Sesungguhnya keluarga merupakan satu harta yang amat bernilai. Kami teringin sekali menjejaki kaum keluarga. Ada yang sudah terpisah. Khabarnya ramai masih menetap di Selangor, di Tanjung Karang. Kami Melayu Banjar. Ada sesiapa punya saudara mara di Batu Pahat? Mungkin kita ni kulaan!