Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Kesebelasan teganung
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Kesebelasan teganung



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 20-Sep-2005 00:00
teganung kite ...
Tiada istilah takziah untuk skuad Teganu malah aku kalungkan TAHNIAH untuk skuad Teganu yang bagi aku telah mempamerkan satu peningkatan yang cukup baik musim ini.

Daripada tempat ke5 dalam Liga Perdana musim lepas...kita berjaya naik ke tangga ke dua musim ini...
Daripada dok layok langsung ke Piala Malaysia musim lepas, kita layok ke Piala Malaysia musim ini. Bukan setakat peringkat kumpulan malah ke suku akhir, ke separuh akhir....cuma tak dok rezeki kita untuk ke akhir.
Tiada siapa menduga kita layok ke peringkat ini....selepas kekalahan dengan PKNS di Kelana Jaya dalam peringkat kumpulan, peluang Teganu untuk ke suku akhir kelihatan tertutup rapat, namun pemaing buktikan mereka bukan calang-calang pasukan. Juara Liga Super mereka tewaskan...bukan sekali bahkan dua kali. Kemenangan pertama di SSINS mencerahkan kembali harapan ke suku akhir dan kemenangan kedua di Kangar melayakkan kita ke suku akhir. Kita dipertemukan dengan Kedah di suku akhir....harapan tidak diberikan kepada pasukan Teganu...."alah ada apa ngan pasukan teganu". Menjadi pelawat kepada kedah di Alor Setar, kita tunduk dengan Liew Kit Kong. menguatkan lagi kata2......."alah ada apa ngan pasukan teganu". Di stadium keramat, pemaing buktikan, dua gol bukan halangan untuk mereka mencecah ke separuh akhir....mereka bermatian membawa cabaran hingga layak ke semi ini. Namun langkahan teganu tersekat di separuh akhir.Apapun syabas.
Namun aku bangga.....dalam peningkatan ini, Teganu tidak bergantung kepada "bintang" malah kita bergantung kepada bakal bintang yang akan menyinar....bakal menguatkan cabaran teganu musim depan. Mereka sebenarnya adalah wira-wira Teganu akan datang....

Syabas untuk pemaing yang telah memberikan yang terbaik untuk Teganu.
Terima kasih kepada coach Mat Nik musim lepas yang membentuk skuad muda teganu dan kesinambungan ini diteruskan oleh coach YA musim ini.
Terima kasih kepada coach YA yang merencana strategi ampuh musim ini untuk membawa Teganu ke separuh akhir piala malaysia musim ini sekaligus membuka mata pencinta bolasepak tanahair untuk berwaspada dengan Teganu musim depan.

Syabas dan tahniah untuk pengurusan skuad teganu yang berjaya menjaga skuad ini dengan baik.

Sekalung penghargaan kepada semua penyokong yang memberikan sokongan kepada teganu walaupun ada segelintir mereka adalah penyokong bermusim.

Dan kepada ahli-ahli gsn...teruskan bersama gsn selamanya....walaupun dalam tempoh liga berehat.


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.