| Sunday, 18-Sep-2005 00:00 |
|
:::Member Lama Law Mei (2001) Mohd Zhariff Yang Berhati Waja:::
|
|
>>:::Di sebalik kecacatan terselit semangat waja(Petikan Berita Harian 19/9/2005):: >
>:Syabas Buat Mohd Zhariff Yang Menharumkan Nama Uitm Dimata Dunia:>
Walaupun kudung kedua-dua tangan, Mohd Zhariff mempunyai semangat kental. Ini terbukti dengan peranannya sebagai pengerusi sebuah organisasi sukarelawan yang ditubuhkan selepas bencana tsunami melanda Aceh, Indonesia
TIADA siapa sangka seorang remaja yang mempunyai kekurangan pada anggota badannya itu adalah pengerusi sebuah organisasi sukarelawan yang ditubuhkan selepas bencana tsunami di Aceh, Indonesia.
Mohd Zhariff Afandi, 24, graduan Psikologi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuktikan walaupun kedua-dua tangannya tiada sejak kecil, tetapi semangat yang kuat dalam diri membuatkan berjaya melepasi segala halangan.
Global Emergency Malaysia Humanitarian Relief atau Gemma yang ditubuhkan pada 19 Mei lalu bertujuan menjadi platform kepada remaja negara ini menjalankan kerja kemanusiaan tanpa melalui kerenah birokrasi.
“Gemma tercetus daripada idea beberapa rakannya lain yang mempunyai semangat tinggi bagi membantu golongan yang memerlukan pertolongan tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya memulakan perbualan.
Pada mulanya, beliau berkata, tidak terfikir untuk menubuhkan satu pertubuhan sukarelawan, tetapi selepas berada di Banda Aceh dan kebetulan bertemu dengan rakan lama yang mempunyai minat sama sepertinya menyebabkan beliau lebih bersemangat lagi.
“Selepas bencana itu, kami secara individu mengambil inisiatif untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa di Aceh. Pulang dari Aceh, kami mengambil keputusan untuk menubuhkan satu pertubuhan sebagai platform kepada rakyat Malaysia mengambil bahagian secara aktif dalam bidang kemanusiaan.
“Maka tertubuhlah Gemma. Setakat ini, kami sudah menghantar sepuluh misi kemanusiaan ke Aceh, yang mana kami membantu mengagihkan barangan logistik seperti makanan, ubatan, pakaian, al- Quran kepada mangsa.
“Selain itu, kami juga membantu peniaga kecil di sana dengan menyediakan modal bagi memulakan perniagaan dan membantu membina tujuh perigi di dua daerah di Daerah Lhoong dan Lamno,” katanya.
Beliau berkata, dengan keadaan fizikalnya yang tidak mengizinkan beliau mengangkat barang-barang seperti sukarelawan lain, beliau menggunakan kemahiran dalam bidang psikologi memberi semangat kepada mangsa yang trauma.
“Ketika di sana, walaupun tidak boleh mengangkat mayat tetapi saya cuba mengesan beberapa mayat yang tertimbus dalam runtuhan dan menandakannya supaya penyelamat boleh mengeluarkan mayat berkenaan,” katanya.
Sementara itu, rakannya yang juga Naib Pengerusi Gemma, Mohd Mahanif Mamat, 24, berkata, pertemuan yang tidak disangka-sangka itu dan pengalaman yang dikutip di Banda Aceh mencetuskan idea menubuhkan pertubuhan sukarelawan.
“Sekurang-kurangnya saya tahu ada insan lain mempunyai semangat seperti kami yang tidak sanggup melihat penderitaan orang lain.
“Bencana bila-bila boleh melanda. Apa yang penting ialah persiapan kita menghadapi bencana itu. Pembabitan aktif kami di luar negara tidak bermakna kami langsung tidak mahu membantu rakyat di negara sendiri tetapi di luar sana bencana lebih dahsyat lagi.
“Dengan pengalaman yang kami peroleh di sana, disertakan dengan tenaga belia dinamik dan bantuan dari pihak yang lebih pakar dalam bidang bantuan kemanusiaan, kami berharap dapat mengasaskan organisasi kemanusiaan yang lebih efektif, teratur, dan pantas,” katanya.
Terkini, katanya, mereka baru saja membina sebuah pusat jagaan dan pengajian kanak-kanak di Kampung Gano, Banda Aceh.
“Kami bukan setakat membantu ketika bencana menimpa tetapi juga selepas itu. Kami banyak membuat kajian bagaimana mahu membantu mereka memulakan kehidupan semula selepas melalui mimpi ngeri,” katanya.
Beliau berkata, Gemma yang bakal dilancarkan pada hujung tahun ini amat memerlukan sokongan semua masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa untuk sama-sama memberi bantuan kemanusiaan di mana saja baik dalam atau luar negara.
Kepada Mohd Zhariff andai awak masih mengenali diri saya sebagai member awak sewaktu di Fakulti Law Intake Mei (2001) Pls Contact me Ehsan(Fakulti Pengurusan Maklumat Puncak Perdana) di Talian 013-6711301 coz byk citer boleh dikongsi bersama.
|