sempena bulan merdeka ni, aku hadiahkan puisi ni untuk rakan-rakanku..
merdekakah aku?
merdekakah aku?
seringku bertanya pada diri ini
jiwa dan ragaku tidak seperti dulu
jauh sekali untuk bermuram duka
emosi mengatasi apa yang malam
ingin memperkatakan
aku pernah berjuang
aku pernah membanting segala keringatku
semangatku untuk melihat
anak-anak bangsa berjuang
kandas di tengah-tengah lautan
untuk apakah ini semua?
semua hanya rekaan yang tersurat
penjajahan berjalan ke sini sana
berlalu tanpa siapa yang peduli
kita bersuka akan ia
dan ianya suka akan kita
tanpa sebarang dusta
oh bantu lah hatiku ini
sedih melihat aku dan aku
kesedaran tidak hadir untuk
ketuk pintu ini,realitikah?
merdekakan aku,kita dan mereka
mereka,kita dan aku,merdekalah..
dan perjalanan masih jauh..
aku sedih untuk anakku nanti,cucuku nanti..
aku bersenang sekarang..
mereka??
dan ku bertanya sekali lagi.....