Traffic Jam
Antara perkara2 yang aku paling tak suka dalam hidup.... tetapi perkara inilah juga yang sering aku lalui dalam hidup terutamanya apabila terpaksa melintasi Jambatan Pulau Pinang setiap hari. Banyak perkara yg boleh menyebabkan kesesakan berlaku di jambatan walaupun sesetengahnya kelihatan seperti perkara yg amat remeh. Kereta rosak, tayar pancit, kenderaan bergerak perlahan, kerja2 penyekenggaraan, hujan dan banyak lagi perkara perkara yang boleh menyebabkan kesesakan berlaku di Jambatan terpanjang di Malaysia ini yg boleh dikatakan terlalu sensitif dengan keadaan persekitaran..

Kesesakan paling teruk yang pernah aku alami di Jambatan ini adalah pada tahun lalu apabila terperangkap selama 4 jam tanpa bergerak kerana telah berlaku satu kemalangan yg melibatkan Lori Kontena. Pada masa itu hanya dua perkara sahaja yg boleh dilakukan, sama ada
bersabar atau
terjun laut.. Namun sebenarnya kesesakan lalulintas jugalah menyerlahkan tahap
kesabaran dan
kesopanan rakyat malaysia

..