Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Hotelpenginapan kami
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Hotelpenginapan



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 12-Aug-2005 00:00
A TRIP TO MAKKAH AL-MUKARRAMAH


Rombongan kami telah ditempatkan di Hotel Zahret Makkah yang terletak betul-betul di hadapan Babul Umrah yakni pintu masuk bagi jemaah yang ingin menunaikan umrah. Jarak Babul Umrah ke hotel kami tidak lebih dari 60 meter (rasanyer..hihi)



Jalan masuk menuju ke Jabal Tsur iaitu bukit tempat persembunyian Baginda Rasulullah s.a.w bersama-sama Saidina Abu Bakar ketika orang Kafir Quraisy ingin membunuh Baginda Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar telah bersembunyi di dalam Gua Tsur yang ditutupi oleh sarang labah-labah. Mengikut ketua rombongan kami, jika ingin mendaki menuju ke Gua Tsur, ia akan mengambil masa lebih kurang 2 jam pendakian. Oleh itu rombongan kami tidak mendaki bukit tersebut. Kebetulan semalam sebelom kami tiba di kaki Jabal Tsur, Makkah telah dilanda hujan lebat dan banjir. terdapat kesan pasir dan tanah runtuh di kaki Jabal Tsur. Gambo close up nanti saya letakkan ek.






Gambar ini menunjukkan perkuburan para syuhada UHUD yang terkorban ketika melawan golongan kafir. Memang tanah perkuburan ini tidak bertanda ia cuma dipagar dan dipasang tembok batu. Boleh dilihat kawasan kubur rata dan berbatu. Di sinilah bersemadinya Saidina Hamzah r.a iaitu bapa saudara kepada junjungan besar kita Rasulullah s.a.w. Saidina Hamzah telah terbunuh dalam peperangan UHUD ini.Saidina Hamzah ialah bapa saudara Baginda yang banyak melindungi Baginda dan merupakan seorang pahlawan yang terkenal ketika itu.




Ini adalah gambar semasa saya mendaki Jabal Nur di mana terletaknya Gua Hira' iaitu tempat Rasulullah s.a.w menerima wahyu yang pertama. Saya mengambil masa 36 minit untuk sampai ke puncak, dan cuba bayangkan Saidatina Khatijah mendaki pada usia yang lanjut (lebih kurang 55 tahun, iaitu ketika Baginda berumur 40 tahun untuk wahyu yang pertama) untuk menghantar makanan kepada Baginda yang ketika itu bersunyi-sunyian dia dalam gua Hira' kerana kecewa dengan penduduk Makkah yang terpesong dari jalan yang benar. Saidatina Khatijah bukan sahaja mendaki malah Saidatina Khatijah menempuh perjalan yang jauh iaitu dari kota Makkah ke kaki Jabal Nur. Bayangkan. Perjalan dari Kota Makkah mengambil masa 10 minit menaiki van ketika ini. Jika dapat dilihat, dalam gambar tersebut saya berada di atas dan kelihatan amat kecik (yang angkat tangan kedua belah mcm ultramen tu..)..hihi.. . Mungkin rezeki ketika itu, saya yang amat gayat dengan ketinggian dapat sampai ke puncak bersama kakak saya. Dengan pendakian yang berbatu dan setiap ketinggian saya dapat melihat Kota Makkah. Saya tidak dapat bayangkan kalau terjatuh, kerna tiada pokok untuk dipegang ketika mendaki berlainan sekali ketika daki gunung di tanah air. KEtika pendakian kami kerap kali ditegur oleh rakyat tempatan dan juga penduduk U.A.E atau tempat lain (saya pon tak pasti hihi). Semua begitu mengenali Malaysia (kembang pon ade gak mase tu ..tapi control beb..). Oleh itu perjalan telah tertangguh bebrapa minit ( dia orang ajak borak2 ), kalau tidak mungkin tidak sampai 30 minit ke puncak..hihi

rajin sayer upload lagi ek

tee jay

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.