Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


mawi baca doa selamat
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
mawi baca doa selamat
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 10-Aug-2005 00:00
Mawi berhak menang


MAWI (tiga dari kiri) membaca doa selamat pada majlis penutup dan penyerahan bintang-bintang AF3 ke pangkuan keluarga masing-masing sambil diperhatikan M. Nasir (empat dari kiri) di Banglo Akademi Fantasia di Seri Kembangan, malam tadi


Quote:

Mawi berhak menang - M. Nasir

Oleh: Nor Fadzilah Baharudin

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Tidak ada konspirasi untuk memenangkan Mawi. Malah tidak ada strategi tertentu dengan memberikan lagu baru, Aduh Saliha ciptaan Pengetua Akademi Fantasia 3 (AF3), M. Nasir kepada pelajar itu pada konsert akhir, malam tadi.

``Mawi berhak menang,'' kata M. Nasir yang lebih dikenali sebagai `sifu' di kalangan industri hiburan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini, M. Nasir berkata, pemilihan lagu Aduh Saliha ciptaannya yang dinyanyikan Mawi malam tadi, hanya secara kebetulan sahaja.

``Ini bukan bermakna saya mahu memastikan Mawi muncul johan,'' katanya lagi.

Ada sesetengah pihak melihat dengan menyanyikan lagu ciptaan M. Nasir itu memberi isyarat yang Astro dan pengetua AF3 itu mahu Mawi menjadi juara.

Pengetua AF3 itu sebaliknya menyuarakan rasa gembira dengan kemampuan Mawi membawakan lagu Aduh Saliha itu dengan begitu baik dan berkesan.

Dalam pada itu, M. Nasir turut menyangkal dakwaan pihak-pihak tertentu kononnya beliau menerima RM1 juta sebagai ganjaran menjadi pengetua AF3.

``Tak ada. Tak ada. Gaji saya macam gaji guru besar sahaja,'' katanya sambil berseloroh.

Selain juara AF3, Mawi, 24, dari Felda Taib Andak, Kulai itu juga menggondol Anugerah Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.

Mengulas prestasi keseluruhan pelajar, M. Nasir berkata, beliau berpuas hati dengan persembahan mereka pada konsert terakhir malam tadi tetapi `bukan betul-betul cukup terbaik' berbanding konsert mingguan AF3 sebelum ini.

``Peserta yang dipilih memang boleh menyanyi dan tidak mempunyai masalah cuma bergantung kepada persediaan mereka untuk ke peringkat akhir dan sebagai-nya,'' katanya.

Pada kemuncak konsert mingguan di Stadium Malawati, Shah Alam itu, Mawi mendendangkan lagu Seroja dendangan asal S. Effendi dan Aduh Saliha.

Mawi memperoleh 58 peratus, meninggalkan pesaing terdekatnya, Felix yang mendapat 30 peratus, Amylea lapan peratus dan Marsha hanya empat peratus.

Mengulas lanjut, M. Nasir berkata, sepanjang pengamatannya, beliau mendapati setiap pelajar mempunyai tahap kesungguhan tersendiri dan mahu belajar dalam bidang nyanyian ketika berada di akademi itu.

Beliau menganggap semua pelajar sebagai anaknya sendiri sepanjang mengetuai AF3



Ehsan dari Utusan Malaysia (8/8/2005)



© Pidgin Technologies Ltd. 2008.