Jumaat 17 Jun 2005:
Bertolak dari Jalan Duta pada pukul 6:30 petang dan sampai di kaki Gunung Ledang pada pukul 10 malam. Bermula pendakian ke Kem Anak Gajah sejauh 2100meter. Sampai di kem tersebut pada pukul 1:30 pagi dengan suasana yang begitu gelap gelita.
Sabtu 18 Jun 2005:
Mula mendaki pada pukul 8:00 pagi dan sampai ke puncak pada pukul 2:00 petang. Di situlah berkibarnya bendera JTM di puncak Ledang. Suasana yang begitu hebat dari puncak bagaikan satu pengalaman yang begitu menakjubkan. Pendaki-pendaki kemudian bersantai menikmati keindahan dan kenikmatan berada di puncak selama 1 jam.
Akibat daripada angin yang agak kencang, pendaki turun ke bawah sikit di mana mereka kemudiannya menjamu selera sambil berehat akibat kepenatan pendakian di salah satu gunung yang mempunyai laluan mendaki yang agak sukar.
Kemudian pada pukul 3:00 petang pendaki-pendaki bertolak turun ke kem dan sampai di kem kira-kira pada pukul 6:30 petang. Kemudian mereka semua memulakan aktiviti mandi-manda mereka di Air Terjun berdekatan dengan kem. Wow seronoknya !!!
Malamnya mereka ber BBQ dengan perut yang begitu kelaparan ketika itu.
Ahad 19 Jun 2005:
Seawal 8:00 pagi mereka memulakan pendakian turun ke kaki gunung pada pukul 8 pagi dan sampai kira-kira jam 2 petang. Sekali lagi mereka mengambil kesempatan mandi di air terjun. Akhrinya mereka bertolak balik ke Jalan Duta kira-kira 3:00 petang dan sampai pada pukul 6:00 petang.
Membawa seribu kenangan dan pengalaman manis di Puncak Gunung Ledang. Syabas para pendaki JTM - LHDN !