29 mac 2005 saya ke UK. Dah 2 bulan.. so saya akan tulis apa yg saya ingat. so mungkin tulisan saya ni agak lintang pukang .It was a 14 hours flight .. 10am saturday kat malaysia and sampai 4 pm di manchester. sampai je suhu dlm 12 darjah celcius. tapi pakai sweater pun dah cukup. then naik tren to manchester piccadily.. jalan jalan kejap tapi malangnye time tu tak bawak kamera. dlm pukul 7 mlm naik tren utk ke stafford.
sampai je kat stafford dah pukul 9.. sejuk sampai menggeletar terpaksa naik taxi balik umah. stafford ni mcm satu pekan yg besar. bandar dia tak bz sgt. tapi takde komuniti islam yg ramai so nak carik makanan halal susah la kat sini. nearest maybe kene pergi birmingham.. about 1/2 jam naik tren.
satu yg saya perasan.. omputih ni macam ramah pulak. mcm dlm bas.. everyone greet the bus driver. bas dia bersih.. tren dia bersih. tapi tren selalu lambat. dah jadi common.
kedai tutup pukul 530pm.. so kalau nak kobis ke.. beli kasut ke.. kene la beli before 530pm. masa saya kat situ tgh start musim bunga.. tak byk lagi bunga keluar tapi cuaca tak sejuk sgt except memalam. tapi cuasa sellau mendung dan hujan renyai-renyai. kalau tgk suasana pukul 730am sama je ngan kul 430pm. membuatkan saya menjadi pemalas.
kalau nak drive.. becareful sebab kengkadang dia punye sign dan line atas jalan tu mengkongpiuskan. distance is in miles not km.
disebabkan saya suka bola jadi saya sempat melawat 4 stadium.. anfield.. goodison park, old trafford and city of manchester. stadium anfield dan goodison park macam pelik je sebab celah celah rumah org. memula sampai di anfield.. sempat masuk kedai.. ingatkan nak beli tiket champions league liverpool vs juventus .. 29 pound.. tapi baru perasan date dia rupanye time saya dah balik ke msia. stadium manchester pulak both besar gile. yela sebab kelab kaya.. tapi kaya kalau tak menang champions league tak guna jugak.
lagi satu tempat yg saya pegi ialah alton towers. theme park yg akan membuatkan genting mcm tempat untuk kanak kanak 9 tahun ke bawah sahaja. semua rides kat situ very exciting dan mencabar keberanian. yg pusing pusing kiri kanan atas bawah pastu jatuh masuk lubang setinggi 60 meter sume ade...
30 mac 2005 saya balik ke klia. kesimpulannye.. memang best.. totally diff culture from us. we might learn some good manners from them.. yg problemnye kat uk ni agak mahal. kalau convert ke rm bezanye agak tinggi but its consider cheap kalau kerja kat sana. for eg. petrol is around 0.90++ .. its cheap.. but if convert to rm its around rm6++ per liter.