Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


++ Peace! - Basrimd ++

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Peace Basrimd



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 3-Apr-2005 00:00
Melawat Kem Lambaian Danau

    Melawat Kem Lambaian Danau

    :: Seawal pagi aku telah bersiap untuk menjenguk KLD-Kem Lambaian Danau di melaka. Terasa kerinduan terhadap ketenangan suasana kem dan juga nyaman udara persekitaran begitu kuat mendesak dan mengimbau dalam jiwa. Kenangan berada di KLD satu ketika dulu begitu basah dan fasih sekali dalam ingatan dan kenangan ini. ::

    :: Berjanji dengan basri untuk sama-sama menjengah dan sekaligus berbincang mengenai Projek Basah 2.0 yang bakal berlangsung sedikit masa lagi. Nampaknya Kak G dan Pak Let (tuan punya Kem) sudi menerima kehadiran kami. Oleh kerana hanya kami berdua sahaja, jadi aku tidak keberatan untuk sama mempelawa liana menyertai kami. Nampaknya teman yang satu itu begitu senggang dan senang untuk di ajak kemana-mana. Bertolak ke melaka tepat jam 11 pagi. ::

    :: Di dalam kereta sepanjang perjalanan itu, rancak mulut basri berbual dan berceloteh. Banyak perkara dan berita yang seringkali menyentak fikiran dan kewarasan aku. Aduhai! Banyak betul perkara yang berada di luar dugaan dan pengetahuan aku, tapi telah berlaku di persekitaran kehidupan aku. Aku tidak pedulikah? atau sudah mati rasakah aku ini? Entahlah, aku sendiri tidak ada jawapan untuk pertanyaan itu. Aku lebih senang untuk tidak mencampuri urusan orang lain, ataupun beria-ia benar untuk mengambil tahu akan cerita orang lain. Kain baju sendiri masih banyak yang koyak rabak! ::

    :: Masuk sahaja ke kawasan KLD, aku di terba sebuah ketenangan yang aku tak bisa beli, andai juzuk ketenangan itu di jual. Terlalu asyik hinggakan aku tenggelam dalam keasyikkan itu. Tiba di perkarangan KLD, kami di sambut oleh Kak G dan fasi-fasi yang lain. Sekaligus langkah kanan itu membawa kepada hidangan tengahari yang begitu menyelerakan (perut pula memang tengah lapar saat itu). Ikan keli masak lemak cili padi, kari daging rusa dan sayur labu begitu membuka selera ditambah dengan multu Kak G yang becok menceritakan perihal kem kepada kami. ::

    :: Sejurus selepas itu, kami bergerak ke pejabat untuk bertemu dengan Pak Let dan membincangkan tentang aktiviti dan agenda yang bakal berlangsung semasa Projek Basah 2.0 nanti. Kebetulan waktu itu, peserta-peserta dari Kolej Komuniti Muar sedang bertandang untuk melaksanakan program mereka. Aktiviti yang berlangsung ketika itu ialah berakit. Peluang yang terhidang tidak aku lepaskan, lalu aku dan basri menurunkan kayak untuk sama-sama menyertai peserta-peserta itu. Sejujurnya aku begitu rindu dengan aktiviti berkayak ini. Basri dan aku begitu leka mengayuh mengelilingi tasik seluas 50 ekar itu. ::

    :: Oleh kerana terlalu asyik, sehinggakan terlupa masa begitu mencemburui kami yang baru sahaja ingin mengeluarkan peluh. Kami harus pulang kerana waktu itu, hari telah hampir rembang senja. Sekali lagi rezeki terhidang dengan lauk ayam masak merah (sehingga basri menjilat jari) dan sayur labu masak lemak, yang semuanya di masak oleh Kemang!. Sewaktu makan, aku sekali lagi di kejutkan dengan satu perkhabaran yang selama ini tidak aku sangka sama sekali. Aduhai! Biarlah ia terus menjadi persoalan dan rahsia. Kerana sikap aku yang tidak mahu mencampuri urusan orang lain. ::

    :: Tiba di rumah saat jarum jam menunjukkan angka 10. Penat terasa di seluruh badan kerana ia begitu manja selama ini dengan tidak melakukan aktiviti berat seperti berkayak tadi. Selepas mandi, aku terus mencumbui tidur dalam nyenyak yang panjang! ::



© Pidgin Technologies Ltd. 2008.