| Thursday, 10-Mar-2005 00:00 |
|
sepenggal cerita dari blog
|
|
cuma quote dari blog aku
| Quote: | minggu ini memulai hidup dengan agak kacau balau. hari isnin hari tu, hampir eksiden terlungkup cium jalan raya. gara-gara orang lain yang tak reti bawak motor. bukan mencari scapegoat...tapi memang salah dia. ada ker patut, keluar lane secara tiba-tiba, tak bagi signal. ingat jalan bapak dia ker, tak ada motor lain kat belakang. waktu tengah hari, orang balik kuliah, kuar lunch, jemput anak balik sekolah, berjibun motor kat jalan raya. bodoh, bangang, idiot, baghal punya rider.
2 motor yang di belakang sempat elak dari langgar dia, aku pun sempat elak dari langgar dia tapi motor belakang yang bang aku. kalau la aku terlungkup kat jalan, tetiba ada kereta dari belakang, alamat aku jadi tikus lenyek la. dah tu, rider tu lenggang kangkung macam tak ada apa-apa terjadi. berhenti pun tak. selamba badak jer dia pergi.budus....budus...budus.....
hari ni pulak, ada orang dari reporter dari Metro TV datang nak intebiu..aku blur gak apa pasal. rupanya nak tanya macammana pandangan tentang pertikaian antara Malaysia dan Indonesia tentang Selat Ambalat yang diperebutkan tu.
kalau tanya aku, pendapat aku ada dua.
1. miskomunikasi
++++ setelah Mahkamah Internasional memutuskan bahawa Kepulauan Sipadan dan Ligitan adalah wilayah Malaysia pada tahun 2004 lalu, tapi dalam keputusan tu tak menyatakan bahawa jarak 200 nautical miles dari lepas pantai (Zon Ekonomi Ekslusif) adalah termasuk dalam wilayah Malaysia. dengan keputusan tu, Malaysia menetapkan sempadan baru tapi belum diakui secara antarabangsa, sebab garis sempadan baru merambah ke perairan Indonesia dan Filipina ( dalam hati: mesti la 2 negara tu marah)
2. minyak
++++ yang semua orang tahu sekarang, Kerajaan Malaysia dah bagi konsesi eksplorasi minyak ke syarikat Belanda, Shell sedangkan Kerajaan Indonesia dah bagi konsesi ke ENI dari Itali dan Unacol. so, its all about oil.
banyak lagi yang dia tanya:
3. pandangan saudari tentang hidup di jogja sekarang. selamatkah?
++++ sampai sekarang masih tenang, tak ada masalah
4. ada intimidasi dari orang/kelompok/warga indonesia
++++ alhamdulillah belum pernah, dan jangan sampai pernah
5. saudari akan tetap disini meneruskan pengajian?
++++ of course, saya berniat untuk menyelesaikan tahun ini
6. ada nasihat/himbauan dari Persatuan Mahasiswa/Kedutaan/Kerajaan Malaysia untuk mahasiswa Malaysia?
++++ secara khusus belum, belum ada surat, telefon, fax, email atau lain-lain. cuma, kami mengambil sikap berhati-hati, tidak bersikap provokatif.
7. apa pandangan saudari tentang beberapa posko (post) ganyang malaysia yang merekrut relawan untuk melakukan perang atau tindakan agresi yang lain?
++++ mereka berhak untuk melakukan itu, tapi menurut saya itu tindakan yang tidak bijaksana kerana membuat suasana bertambah panas. padahal, masih ada jalur diplomatik. (dalam hati: do they really want war. daily life is hard enough for them)
sekian intebiu aku dengan Kuli Tinta dari Metro TV. baik dia orang ni. member aku dah pakat pesan, tengok berita petang ni pukul 5. aiyyaaaaaa...malu la aku. hari ni aku mogok tengok berita di MetroTV
|
|