Pada tanggal 3 Januari 2005, MIMOS Berhad telah terpanggil untuk turut sama menghulurkan bantuan kepada mangsa tragedi Tsunami di Kota Kuala Muda, Kedah. Bantuan yang dihulurkan adalah dalam bentuk gotong royong membersihkan tempat kejadian, menemuramah mangsa2 bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai jumlah kerugian serta keperluan mereka dan juga menyediakan kemudahan internet percuma terutamanya bagi pelajar2 sekolah di situ untuk mendekatkan mereka dengan masyarakat luar.