Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]

Mail this Foto to a friend

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]

Wednesday, 23-Feb-2005 00:00
PUNCA SEGALA KEJAHATAN
"Dosa manakah, minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Uthman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Uthman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.

Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Uthman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik. Ahli Ibadah itu telah dijemput ke rumah wanita tersebut. Di dalam rumah wanita itu terdapat seorang kanak-kanak lelaki/khadam.

Setibanya di rumah wanita tersebut, wanita itu telah menguncikan pintu dan menyuruh ahli ibadat itu memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh kanak-kanak lelaki. Beliau enggan. Namun setelah diugut wanita berkenaan yang beliau akan mengadu kepada orang ramai bahawa dia telah memasuki rumahnya untuk berbuat jahat, lelaki itu menurut saja. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamr.
Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh kanak-kanak yang melihat perlakuan mereka berdua kerana dibimbangi rahsianya terbongkar.

"Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir hayatnya, ia akan kekal di neraka.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.