Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 26-Dec-2004 00:00
+ Perhimpunan Perdana Geng Jurnal Malaysia 2004 +
    Tarikh : 26 Dis 2004
    Tempat : Dewan Sri Pulasan, UPM
    Masa : 2 - 6 Petang

    +++ Master Of Ceremony (MC) +++



    Perhimpunan Perdana Geng Jurnal 2004

    + aku tiba agak lewat. seharusnya aku mesti berada di Dewan Sri Pulasan saat jarum jam menunjukkan angka 9. tapi aku gagal untuk berbuat demikian. semuanya kerana terdapat sedikit kesilapan dalam menguruskan masa dan keadaan. aku sudah maklumi keadaan ini pada ND dan Abg Rudy. mujur mereka mengerti. cuma aku agak terkilan dengan sikap aku sendiri. aku tidak dapat menahan marah bila teman pengacara ku, tipah menghubungi. aku melepaskan nafsu marah yang memuncak kepadanya, secara tidak sengaja. aku benar-benar tidak menyangka dengan tindakkan sendiri. kerana selama ini aku memang penyabar dalam segala hal. aku tahu tipah berkecil hati, kerana selama perkenalan rapat antara kami, aku tidak pernah meninggikan suara terhadapnya. aku tahu dia mudah terasa dan 'fragile'. keadaan ini memang telah lama aku fahami.maafkan orang yer awk...!

    + pemanduan ala F1 oleh Jimmy menyelamatkan aku dari terus di timpa rasa bersalah kerana terlewat tiba. aku di temani oleh adik dan kaseh sempat sampai sebelum jam 1 tghhari. bersua dengan 'pasangan' ku di pintu utama, menyerahkan skrip dan sekaligus menyerahkan salam kemaafan. mujur dia mengerti. terima kasih aemieyra ku. sapa menyapa dengan Basri dan ND. menegur Wkdin, Kak Lang dan Cik NettBiru di meja pendaftaran. terus aku bergegas masuk ke dewan. syukur! kerana para tamu telah mula memenuhi ruang. perkara pertama yang aku lakukan, terus ke bilik kawalan teknik. aku sumbat CD lagu irama malaysia sebagai lagu rasmi perhimpunan. dan..berkumandanglah dalam gema yang berpanjangan. duduk dengan Yadziz, untuk kembali memeriksa kordinasi dan keseimbangan perjalanan majlis. menyambut kedatangan ciknana dan sultanmuzaffar. bersalaman dengan Uncle EP sekaligus memaklumkan dan meminta izin beliau untuk membimbing bacaan doa. sejurus, aku sempat bersalam-salaman dengan teman-teman gejuis yang lainya. kemudian, aku pakukan perhatian dan roman tubuh ku untuk duduk mengambil segala keputusan anugerah dari sampul rahsia yang di berikan oleh Yadziz.

    + Jam 2.45 ptg, aku mulakan dengan lafaz agung basmallah, 'synchronize' yang berlalu dengan pasangan pengacara yang menyerlah petang itu. Tipah@ Aemieyra memang nampak berseri dan menaikkan majlis. sejujurnya aku rasa janggal dan rendah diri, bila digandingkan dengan seseorang yang 'glamour' dalam kelasnya yang tersendiri. mujur kawalan perasaan dan sifat profesionalisme menguasai dan membimbing diri. pengalaman selama hampir 10 tahun mengendalikan majlis ku pratikkan sebaik mungkin. tapi dalam masa itu, percaturan ku agak silap dan canggung. bila bapak presiden Geju, TokRimau..mengaum dalam nada yang mesra. "attok, aku jadi takut dengan emosi majlis yang kau kendalikan nie. nampak terlalu formal". aku mengerti di hujung bicara. dengan tenang ku ubah majlis menjadi mesra dan santai. turun ke bawah beramah mesra dengan tetamu merupakan satu cara atau method untuk mengurangkan kongkongan formaliti sesuatu majlis. aku benar-benar terlupa, bahawa seharusnya majlis perhimpunan Geju ini bersifat separa formal dan santai.

    + entah harus aku canangkan atau tidak, aku sendiri tidak pasti. sejujurnya aku tidak menyentuh makanan yang terhidang. bukan tidak berkesempatan, cuma selaku pengacara dan sekaligus kordinator bersama, menjadikan aku kaku dalam rangkuman masa yang berlalu. mujur, dia kembali menghidupkan suasana dengan temuramah spontan bersama-sama para tamu. persembahan video yang di datangkan khas dari tanah selatan benar-benar mengigit tangkai hati. dari kejauhan aku turut sama bermelankoli dalam mencungkil intipati yang ingin di sampaikan. arkghh..emosi sekali lagi melanda jiwa.

    + bila tiba saat sesi anugerah pertama, idola ku dalam penulisan tidak dapat hadir kerana kekangan yang berlaku. Kak Sri Diah, seharusnya menjadi penyampai anugerah petang itu. tapi digantikan pula dengan Kak Seri Adriani, seorang penulis yang mahu dan baru mencipta nama di persada penulisan tanah air. satu-persatu nama penulis blog di umumkan. seorang demi seorang naik ke podium utama untuk menerima anugerah. dalam diam, hati digigit gigi-gigi cemburu. cemburu kerana aku tidak dapat mencapai tahap seperti mereka. dalam melayan cemburu yang berpanjangan, tiba-tiba aku tersentak dengan kenyataan dan prinsip diri...bahawa aku menulis bukan kerana nama, penghargaan mahupun anugerah. aku menulis kerana kepuasan dan pandangan transisi diri. titik!.

    + aku tahu ada di kalangan gejuis ramai yang berbakat. aku hormati partisipasi kak ungku dan mush dalam sama-sama membuat persembahan dengan ND dan Zhoulsz. sejuta tahniah ku rakamkan utk mereka. bagus! cuma agak terkilan kerana slot lagu puisi tidak ada kali ini. mungkin di masa mendatang, bila aku jadi tetamu dan aku tidak di perlukan untuk sama-sama menyibukkan diri dalam senarai ahli jawatankuasa sambutan, aku pasti akan menyumbangkan sebuah puisi untuk semua. ini janji ku. terima kasih ND kerana menunaikan permintaan ku untuk menyanyikan lagu Spider-Relaku Pujuk itu. terlalu besar pengertianya buat aku di bawah itu. terharu aku bila di kejauhan dan bersendirian di belakang dewan, bahu di peluk mesra oleh abang angkat ku, abg rudy. terima kasih abg, ku pinjam kudrat dan semangat mu.

    + aku kagum, kagum dengan sifat yang ditunjukkan oleh semua tetamu. pada mulanya hati ku bimbang, untuk mengumumkan agar semua tamu tidak keluar dahulu sebelum bersama-sama melangsaikan sesi kemas-mengemas. takut di cemuh, kerana tetamu sepatutnya di raikan bukan untuk sama-sama merasakan kepenatan. sangkaan ku meleset sama sekali, kerana mereka begitu murah tenaga, meskipun telah membayar sejumlah harga bagi menghadiri perhimpunan yang selayaknya di layan dengan mesra. dalam diam aku mendirikan tugu kekaguman, dalam diam dingin kemesraan meriak dan menebar ke segenap arah. dalam diam ukhwah bertautan, kerana tolong-menolong begitu menjadikan mereka lebih mengenali dan lebih mesra. syabas kepada semua.

    + dalam masa itu, aku sempat mendekati kak ungku, kerana aku amat senang dengan kenalan yang satu ini. kak ungku meskipun layak di gelar senior, tapi tidak pernah lokek dengan senyuman dan amat mudah di dekati. berbual-bual mesra sambil membungkus 'bonjrot' untuk di bawa pulang, sekaligus menyelamatkan lebihan makanan dari di buang dan menjadi pembaziran. terima kasih kak ungku kerana sudi merakam 'sesuatu' itu untuk tatapan.

    + aku pulang tanpa pamit, kerana ada urusan yang perlu dilaksanakan. tahniah kepada semua penerima anugerah. syabas buat teman-teman AJK, kalian memang menakjubkan. terima kasih kepada TokRimau dan Wkdin, kerana memberikan kepercayaan untuk insan kerdil ini. terima kasih dan salam kemaafan pada dia yang akhirnya mengerti.

    * teringat saat melelong nombor bertuah, terasa diri bagai raja lelong. kenangan 10 tahun yang lampau mengimbau dalam diam. "dari selusuran sepi, tergali dari sudut hati yang paling dalam..mohon seribu kemaafan andai ada kepincangan...aku, yang kerdil ini mohon undur diri.."



© Pidgin Technologies Ltd. 2008.