Hari raya kat KL, takde ape yg special. Bosan jugak sebab ramai yang balik kampung, so yang tinggal beraya kat KL nie sangap la. Tapi 3 atau 4 hari raya tu ramai yang dah balik ke KL. Mase ni la raya kat KL start meriah walaupun takde la se-havoc raya kat kampung tu. My family on my Mom's side every year akan buat 'baraan'... Semua adik beradik akan berkumpul and then pegi menziarah rumah saudara-mara. Seronok sgt sebab kekadang tu sampai penoh rumah. Ye la, yang pegi pon sampai 7-8 biji kereta. Kekdg tu kitorg akan buat baraan sampai ke Teluk Intan sebab melawat sedara kat sane. Best tak?
Time raya la nak jumpe & kekenal sume sedara-mara, pastu nak nengok anak dara anak teruna sedara mara yang comel2 dan hemsem2... hueuheuhe! Pakcik makcik biasenye amik kesempatan ni utk berborak & bergossip la... Yang lelaki plak memacam la diorg bincang; pasal kete la, pasal bisnes la, ade gak bincang pasal nak kawin lagik! kohokhokkohokh! gatai gak pakcik2 aku nih!
Family aku tahun ni akan buat Family Gathering for Bugis family (Insyaallah...) pada
4 Dis 2004 ni kat
Kuala Selangor. So, sesape yang rase dia tu daripada keturunan
Bugis Kuala Selangor atau lebih specific nye daripada
keturunan Raden Zainal Abidin & Raja Mariam ibni Sultan Ibrahim, join la gathering nie.

Ade memacam aktiviti! (Promote sat!) For more infos, click
here.