SBP Intergrasi Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu
Program Motivasi Minda 2004 telah diadakan pada 17-19 September 2004 di SBPI Batu Rakit. Program ini adalah anjuran Sekrt Pembangunan Insan Kolej Idris al-Marbawi, UKM dgn kerjasama Unit Kaunseling sekolah terbabit. Bertolak pada 16 hb (Khamis ptg). Yang bestnya, semasa di highway Karak, bas yg dinaiki telah rosak. Akibatnya, kami terpaksa berehat di highway tu selama hampir 3 jam. Kami hanya tiba di sekolah terbabit pada pukul 8.45 pg Jumaat. Dalam keadaan yg cukup kelam kabut, terpaksa berkejar ke perasmian dalam keadaan yg kurang selesa (tak bersiramlah katakan). Anyway program ini amat berjaya dan students mendapat manfaat yang optima. Tahniah kepada abang-abang (9 org je) dan kakak-kakak (20 org) pc yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Tidak lupa kepada guru-guru yang membantu.