Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 22-Jul-2008 10:07
DENGARLAH RINTIHAN PESAWAH
Aku anak pesawah
Aku tahu apa itu penat dan lelah
Aku tahu apa itu pacat dan lintah
Aku tahu kenapa ada anak2 yg tak pergi sekolah
Aku tahu perut kosong bisa membuatkan orang marah
Aku bukan setakat bermadah
Itulah realiti kehidupan yg menjadi lumrah




Naik harga padi
Laporan RAHMAT OTHMAN dari HARIAN METRO hari ini

ALOR STAR: Lebih 500 petani seluruh negeri ini mengadakan perhimpunan di Taman Seri Gunung, di sini, bagi menuntut kenaikan harga padi daripada RM950 kepada minimum RM1,200 untuk satu tan, semalam.

Mereka turut mendapatkan tandatangan untuk diserahkan bersama memorandum kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamad serta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Badan Bertindak Petani Kedah, Ahsin Salleh, berkata permohonan sama diajukan kepada kerajaan kira-kira enam tahun lalu, namun sehingga kini tiada tindakan diambil.

“Petani di Kedah sekarang tidak lagi mampu bertahan dengan kenaikan harga barang yang melambung tinggi sejak kenaikan harga minyak, selain kos kerja pertanian semakin meningkat.

“Kami mahu kerajaan menunaikan permintaan ini supaya petani dapat hidup dengan sempurna kerana di Selangor, harga padi ialah RM1,240 satu tan manakala di Kedah pula hanya RM950.

“Perbezaan harga sebanyak RM290 setiap tan begitu ketara dan tidak adil kepada petani dan kami mahu kerajaan menyelaraskan harga padi seluruh negara,” katanya.

Ahsin berkata, harga RM950 itu termasuk insentif yang diberi oleh kilang sebanyak RM200 bagi setiap satu tan padi, manakala harga yang diberi oleh kerajaan ialah RM750 saja.

Katanya, petani juga bingung apabila harga beras naik tetapi harga padi tidak dinaikkan, sedangkan beras adalah makanan utama di negara ini.

Sementara itu, Timbalannya, Mohd Fuad Yaacob, 48, berkata jika kerajaan tidak menaikkan harga padi, ia akan menjejaskan pendapatan lebih 100,000 petani di negeri ini.

“Kita harus faham kehidupan petani yang semakin tersepit akibat kenaikan harga barang. Jika tuntutan ini tidak diambil perhatian, ia menjadikan kehidupan petani bertambah terdesak,” katanya.

Mohd Fuad berkata, pendapatan kasar pesawah ialah RM5,500 sehektar dan pendapatan bersih antara RM300 hingga RM1,014 sehektar.

“Petani berkorban menanam padi walaupun terpaksa berhutang selain berdepan risiko lain seperti masalah siput gondang dan banjir, tetapi pengilang, pemborong dan pengedar pula mengaut keuntungan,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini harga padi tidak dinaikkan walaupun beberapa kali permohonan dibuat dengan alasan beras import lebih murah daripada beras tempatan.

“Namun sekarang beras import lebih mahal iaitu kira-kira AS$1,000 (RM3,200) satu tan.

“Malah, harga padi di Perak dan Selangor pada musim ini ialah RM1,170 hingga RM1,240 satu tan dan tidak sepatutnya di Kedah yang bergelar negeri jelapang padi, harga padi hanya RM950 satu tan,” katanya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20080720095241/Article/index_html


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.