SABTU 19 JULAI 2008
645am kena perderaih balik ke BADANG.
Ada kerja yang melibatkan kerjaya orang di dalam tangan saya.
KURSUS DALAM PERKHIDMATAN L D P - 3
Kebetulan haritu cuaca berkabus tebal....macam kat CZECH.
Pemanduan perlu berhati-hati dengan kereta kecil yang cantik lawa nih....
830am tepat sampai di KG BADANG.
Pakena teh sereba sikit terus jalankan kursus.
Minggu ini sesuatu anjakan telah berlaku....
Sesuatu yang harus/mesti dialami semua ibu dan bapa kini telah berlaku kepada kami berdua.
Rupanya anak-anakku sudah dewasa....
Saya juga terkilan kerana tidak dapat keluar makan malam dengan isteri seperti selalu.
Saya harap isteri tidak berkecil hati.
Menunya biasa sahaja...
Kalau kengkawan baca mesti kerenyeh unye....
MEE MAMAK....
Bunyi bodoh saja tetapi menu itulah yang menyebabkan isteri saya sering tertawa...
Saya suka melihat isteri saya tertawa....
Itulah satu-satunya insan yang akan menemani saya sehingga mati....
Jangan bimbang...saya tak akan berubah hati.
Kita jumpa lagi hujung minggu ini....