Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


fresh
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
fresh



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 19-Jul-2008 12:00
Germany - Koln Trip
Weekend kali nih tak de plan nak ke mana-mana. Plan asal nak ke London terpaksa dibatalkan sebab tiket easyjet tu dah jadi mahal sangat masa nak booking. So, just gamble jer pegi DB(nama Train) kaunter check out tiket. Ada promotion tiket untuk group. Just pay 37 euro dapat pegi mana-mana destination sebelah West Germany for one day. hmmmm pikir punyer pikir, since dah kul 10 pagi, just amik train pegi Koln jer laaa kut. Dekat jer. Journey dalam 2 jam lebih jer nak ke sana. Tapi kena change satu station kat Hamm (West) nanti. So, ok laaa.

Sementara menunggu train kul 11.51 pagi, kitaorang sempat pegi pasar pagi kat Paderborn nih. Banyak jual sayur sayuran dan buah. Segar-segar sumernyer. Kitaorang beli berries. mintak 100g jer. Sedap gakk.

Then, balik bilik amik passport dan sebagainyer, tunggu bas nak ker train station. Beli McD fish buat bekal. Dalam train tak leh nak duduk sangat. Kena separate tempat duduk. Pelik gak... mana laaa tiba-tiba datang manusia seramai nih. Mak Teh cuba tanyer mamat sebelah dia kemana ramai-ramai nih nak pergi. O' ooooooo oppppsssss wrong timing daaaaa. Actually kat Dortmund ada LoveParade http://en.wikipedia.org/wiki/Love_Parade Mak aaiiiiiiii giler ramai manusia nak kesana. Gosh... Macam-macam ragam manusia ada. And, expected this time it would be over than 1 million people join parade nih. Alamak, dah tersilap haribulan laaa pulak. Tapi nak buat camaner, tiket dah beli .. Redah jer...! Dortmund nih satu station sebelom Koln. hmmm.......

Sampai Koln terus beli map. Macam banyak Dom jer kat sekeliling station tuh. Nak naik bas hop -n hop off pon tak sempat kut sebab takut nak balik lambat. Takut bertembung dengan crowd yang pegi parade tu la plak. Koln nih orang kata, if never been to Koln, you never been to Germany. hmmmmm OK, we have been here, so.... we have been to entire germany laaa.. YAY!!!

Agenda utama ialah nak tangkap gambar jer... Ada jugak satu patung nih, ingat kan patung tapi rupa-rupanya orang. Ish ish.... Ibu dan MakTeh sempat tangkap gambar ngan dia. Lepas tu dia shake hand. Kalu Anis ada nih sure kelam kabut dia lari kut... hehhehe Then, masuk kedai LV. Murah la jugak dari kat KL. Yang latest edition, harga kat sini 400Euro (RM2000). Mak Teh cakap, kalu kat KL dalam RM2500++. worth buying laaa tapi kitaorang tak beli ponnnn... hahah setakat cuci mata boleh laaa. baik beli suvenirs lak. Zara pon ada, tapi skrang bukan tengah sale, so harga dia lebih kurang sama jer ngan kat KL.

Ada satu kedai nih Ibu belikan perfume untuk Ayah. Murah gak kat sini few hundreds laa dari kat KL. Ibu pon amik gak satu, brand CD. Pastu belikan accesories untuk anak-anak buah. Yang boys boys belom carik lagi. Nanti lah, kat Paderborn kut baru carikan. Lepak jap kat starbucks dia, hilangkan penat kaki berjalan sambil fikir nak pegi mana lak lepas tuh.

Kitaorang balik kul 7.51 malam. Beli pizza bawak bekal. Nasib baik first train dapat duduk sumer. Sampai jer kat Hamm (West) station pertukaran maka bermulalah Amazing Race. Dah la masa nak masuk station giler lama dia berenti, sebab ramai sangat orang kan. Dekat 7 jam sumer sekali jurney nak balik Paderborn. Gilerrrrr.Dalam train lak, diorang still lagi dance. Bawak player masuk train, pasang kuat-kuat, bantai menari mabuk mabuk dalam tuh. ish ish... ngeri lak rasa. Yang mencabarnyer, sampai kat Hamm, sepatunyer platform number 8, berkejar la ke sana, tapi bila sampai tengok tengok lain laa pulak tulis destinasi train tuh. Tanyer officer, dia kata tukar platform nombor 3. OK... another amazing race laaa kesana. Berebut-rebut nak naik train, bukan apa, berebut nak duduk la sebab nak ke Paderborn makan masa 1 1/2 jam lagi. Yay, dapat duduk. Tapi masa nak bergerak tuh ada annoucement. Tak faham laa plak apa benda dia kata. Tapi tengok ramai gak yang kuar dari train. Suspen la gak, tanyer orang sebelah, dia cakap kena tukar train untuk ke Paderborn. What..???? Again..??? Gosh... Nasib baik yang train selepas nyer sebelah jer. Dan, dapat laaa jugak duduk. Tapi masa nak kuar tuh, Ibu pakai redah jer langgar sumer orang orang kat situ. Takut laaa jugak tertinggal train nanti.

Finally, sampai Paderborn kul +-2 pagi. Letih giler... Shower, terus Zzzzzzzz......









© Pidgin Technologies Ltd. 2008.