Keratan dari Buletin GEMADA Edisi Julai-Ogos 2008
Pada hari Ahad yang indah lagi ceria, seramai 20 orang ahli GEMADA telah bersama-sama ke Teluk Bayu, Teluk Kumbaq utk berpicnic.Jadi, pada hening subuh yang sunyi, semua ahlitulah bersiap siap untuk berpicnic. Maka berbekalkan dgn makanan seperti bihun yang dimasak oleh Kak Fiza, dan juga ‘nugget’ yang digoreng oleh Ucop & Kak Hanis. Sesampainya kami di situ, maka kami pon mengadakan satu perlawanan bola tampaq antara team laki dan team pompuan. Walau team pompuan kalah tipis kepada team laki (team laki main tipu!) namun semua tetap enjoy dan happy. Setelah penat bermain, masa untuk makan dah tiba dan pada masa yang sama ada yang kena lempaq masuk dalam laut. Dan ada gak yang memancing, dapat la ikan kecik yang comel.. Setelah petang tiba, kami pon bersiap siap untuk pulang. Tapi sebelum tu, kami sempat la jenguk rumah Masyitah untuk menjamah sebutir dua nasik dan pekena kopi... setelah kenyang, kami pon pulang...