Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


ni la workplace Ibu

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
workplace Ibu



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 18-Jul-2008 18:55
Training , Paderborn Day 9 - 14
Hari ni dah masuk hari ke 14 Ibu berada di Germany. Dan, hari ni jugak hari terakhir OPSC_Gold Training. Minggu depan ada sekurang-kurang 5 agenda yang telah diatur untuk Ibu dan opis-mate yang lain. Means, hari-hari la tuh ada sesi/agenda yang kena attend.

Isnin - Introduce KL Staff
Selasa - Introduction to FIT part 1
Rabu - Perfoce Training
Khamis - Introduction to FIT part 2 & Documentation Training

Untuk minggu selepasnya belum dapat jadual lagi. Maybe next week kut Shiva bagi. Okay... apa yer nak update kali nih? Lepas balik dari Amsterdam, cash flow dah luak la sket, so kena la berjimat. Hari-hari instead of naik taxi, kitaorang naik bas. Yes, I know, dua-dua boleh claim balik tapi, nak jimatkan cash kat tangan sekarang better we go for cheaper, kan? Kalu naik taxi, kena sorang bayar dan fee dia dalam 10-11 euro depends driver nak lalu jalan mana. Tapi kalu naik bas, sorang kena bayar sendiri dalam 2 euro jer. So far Ibu dah 2 kali bayarkan taxi. Well, its OK, balik KL boleh claim balik, RM50++ gak tuh.

Pagi-pagi lagi Ibu bangun awal untuk masak nasi. Bawak bekal ke tempat training. Since dah bawak banyak lauk dari KL takkan tak makan, kang ada yang bawak balik semula ke KL. So, satu hari 1 pot masak, share ngan Mak Teh. Lauk pon kami take turn bawak. 2 days terakhir Omar dari Morocco nak join kitaorang. So, Ibu masakkan lebih sikit. Kesian gak kat dia, wife dia dalam pantang, agaknyer dah lama tak jumpa nasi, kitaorang offer jer, dia terus amik. Bila dah masak, boleh la jimatkan lagi duit... hehhehehe

Oh ya, Shiva dah sediakan tempat untuk Ibu keje nanti. Satu bilik untuk 3 orang, Ibu, Mak Teh dan Alex. So, di sinilah kami kena buat real projects tapi ada pembantu la dari orang Orga sini.Kalu tak, ada yang server crash Orga nih. Bilik ni kat Blok A, tingkat 1. Dekat dengan bilik Shiva. Workplace Ibu facing luar, cantikkk jer pemandangan. Yang bestnyer Opis kat Orga nih satu pon tak de aircon, sebab dah sejukkan? Heater ada laaa. Lampu dia pon ada sensor. Kalu ada orang, baru terpasang. Dia boleh detect kalu tak de orang lampu akan padam sendiri. Kelas gitu!

Ada sekali tuh, lepas balik training, kitaorang pi makan restoren vietnamese. Sedapppp.. Ibu amik mushroom soup. Mak Teh amik crab soup , pastu amik satu Mihun goreng, share dua orang. Bukan kedekut tapi dia serve memang banyak. So, memang tak habisnyer kalu makan sorang2. Kat Paderborn nih, nama jer tengah Summer, tapi hujan jer memanjang. Sejuk tak ingat nyer.

Masa hari Khamis, big boss dari KL datang. Stephan Brandt. Dia bawak dinner kat Italian Restaurant. Ibu amik squid as starter, pastu amik fish grill as main dish. Tak penah makan sesedap tuh. Best Giler. Time bayar, kesian Stephan, POS tak leh nak guna, terpaksa bayar cash. Tapi takper laaa boss kan sure banyak duit nyer. Ibu sempat intai braper note dia kuarkan. Mak aiiiii... 5 keping note 500 Euro!!!. mahalnyer.... Kalu convert RM2500++ tuh.

Hari ni Jumaat, kat kantinne Orga serve fish. So, Ibu dan Mak Teh dah plan nak makan kantinne jer. so tadi amik spaghetti dan fish dan cola just 4.60 euro jer. Staff dapat diskaun sikit. Lepas lunch ada last hands-on kena buat, lepas tu ada evaluate test. Lepas tu, YAY!!! dah certified... hehehe.. Skrang kitaorang dah OPSC_Gold Certified. Dah lulus kelas. Instructor cakap this is the fastest class yang dia penah ajar. Sumer dah macam terror-terror belaka. Untuk pengetahuan sumer, hanya Ibu sorang jer yang bukan background Telco, Yang lain-lain sumer dah berpengalaman dalam industri nih. Tapi Alhamdullillah, Ibu dapat jugak faham. First test, masa mula-mula kelas start dulu Ibu dapat 56%, lulus. Tapi tadi buat sekalu lagi Ibu dapat 86%, Excellent. YAY!!!!

Frank, terus balik rumah dia kat Berlin. Esok eugine lak balik Ukraine. Omar, ChiangTeh dan Stefan memang dok kat Paderborn. Ibu , Mak Teh ngan Alex stay sini lagi 2 weeks then baru balik KL. Tadi since habis awal, Ibu pergi laundry. Dah banyak baju busyuk kat bilik tuh.. hehehhe. Sementara nak menunggu laundry tuh, kitaorang dinner kat kedai pizza. Amik tuna pizza ngan spaghetti carbonara seafood nyer, share ngan Mak Teh. Sedap gakk. Then, balik bilik terus update facebook ngan fotopages nih. Esok tak plan apa-apa pon lagi, Redah jer.....


Quote:

Thanks to all Instructors for making us OPSC_GOLD CERTIFIED!!!.
    Jahangeer Khan

    Momme Krahn

    Ian Medway

    Mirian Hlavova



To all participants:
    Eugine (Ukraine)

    Stefan (Paderborn)

    Chiang Teh (Paderborn)

    Frank (Berlin)

    Omar (Morocco)

    Suzy@Mak Teh (KL)

    Alex (KL)

    Ajue@Ibu (KL)











© Pidgin Technologies Ltd. 2008.