Mesti ada di antara mommies yg dah tau kisah mama ni… terima kasih yg tidak terhingga mama ucapkan pada semua yg memberi sokongan pd mama. Kalau 2 hari lepas mama bercerita panjang kisah puteri mama Dalila…. Harini citer pasal mama…
Sebenarnya mama disahkan ada ovarian cyst sehari sebelum tragedi yg menimpa dalila tu. Masa tu mama memang x rasa sakit w/pun gynae yg mama jumpa tu ckp cyst mama tu sizenya agak besar. Memandangkan mama masih belum period gynae tu x buleh bg aper² ubat sbb tkt mama pregnant.
Dari jumaat sehingga isnin menjaga dalila di hospital mama x rasa sakit langsung pun kat bahagian kiri perut mama tu. Tiba² Isnin mlm tu dlm pukul 12 mlm ketika mama hendak bgn dari menangkur di tepi katil dalila mama rasa satu sentapan yg agak kuat di kiri perut mama… perlahan² mama cuba bgn dan berdoa jgn lah terjadi apa² pada mama mlm itu. Mama sms papa apa yg mama rasa…. Papa risau … mama kata xpa mama masih bleh tahan. Semakin lama sakit berkurangan hingga lah ke siang. Bila papa dtg mama kata rasa sakit tu dah semakin kurang… papa suruh mama pergi jumpa gynae mama tu…. kalo boleh mama x mahu tinggalkan dalila. Papa pujuk mama supaya pergi jumpa gynae tu… akur dgn pujukan papa….
Rabu (4/6/08) mama pergi jumpa gynae tu dekat Columbia Asia Puchong. Memandangkan mama dah rasa sakit w/pun masih buleh tahan dia advised mama tuk remove the cyst immediately takut cyst tu twisted. Risikonya kalo twisted mama akan rasa lebih sakit & sel ovari akan rosak, ovari mama akan di buang. Mama bersetuju untuk buang cyst tu… tapi ….. mama terkenangkan dalila di Hospital Purtajaya… dan mama kenangkan papa. Tentu papa akan risaukan mama sbb kalau papa jaga dalila sudah tentu papa x boleh jenguk mama. Setelah berbincang dgn gynae mama dia rujuk kes mama pd gynae di Hospital Putrajaya. Pada hari yg sama mama kena tahan ward kat Putrajaya, sdg mama menerima rawatan kat unit kecemasan papa sms kata dalila bleh discharge. Alhamdulillah…syukur anak mama dah buleh balik… tapi yg sedihnya mama x dpt jaga dia kat rumah. Mama mmg sedih sgt masa tu… ketika dalila perlukan jagaan/perhatian yg lebih dr mama, mam plak sakit. 3 hari duk ward…dr Cuma observe jer kes mama & buat appointment lg sebulan tuk tgk semula cyst tu. Mama & papa x mo ambil sebarang risiko. Trus mama call KPJ Specailist Hospital kat Kajang buat appointment.
Isnin (9/4/08) mama jumpa plak gynae kat KPJ Kajang tu. Mama pilih KPJ Kajang sbb dia antara hospital yg panel AIA, sbb mama pemegang kad AIA (under company papa) pastu hospital ni dekat dgn umah kakak ipar mama. So atleast mama leh minta tlg dr kakak ipar mama kalau papa x dpt dtg. Gynae tu pun ckp better removelah sbb mama dah rasa sakit & x selesa.
Selasa (10/4/08) seawal 8.00 pg mama admit kat KPJ. Kul 8.45 turun OT. Kul 9.00 masuk bilik bedah. Kul 10.10 pg sedar semula & rasa perut pedih². Duk a kat ward sampai khamis. Mama cuti sakit 40 hari tu… cam org bersalin gak a… luka tempah bedah tu pun besarnya lebih kurang mama bersalin Danish gak dulu… bezanya xder bb kat sebelah jerk…
Skang dah sebulan ..Alhamdulillah mama dah semakin sembuh… kadang² tu terasa gaklah pedih² kat luka tmpt bedah tu….
Mama percaya apa jua yg terjadi ada hikmahnya.. pada mulanya mam mmg sedih kenapa perkara ni jd serentak..dalila sakit..mama sakit..sapa nak jaga dalila.... tp Alhamdulillah... kami sama² dpt berehat lama dirumah.... papa lah yg jaga kami.... tp tukang masak import dr kg a....hehehe..
Itulah dia citer mama yg nak dikongsi ngan mommies summer… bawah ni pic cyst tu…cyst tu tu size dia 6.5cm dlm report dr tulis sebesar bola kriket... Alhamdulillah cuma simple cyst xda sel cancer. Tp dr kata ia disebabkan oleh hormon ada kemungkinan leh jd balik....mudah² an tidaklah AMIN... pd yg seriau x yah tgk lah…kang pitam plak…huhu…
p/s: gambar x berapa nak clear sbb pic yg pertama tu papa salah setting. Pic yg ke2 & ke3 tu pic dr report dr, mama malas nak scan.. snap semula ngan camera jerk...