Memandangkan cuti mama masih ada lagi dan tengah SALE sana sini, mama pun ajak papa jalan-jalan ke KL bersama Nureen dan Nisryn dan tokma.First time Nisryn ke KL..selepas shopping apa yang patut di KL, papa cadangkan kami ke Melaka.Dah lama betul mama tak ke Melaka ni.masa belajar dulu-2 jer.Dah banyak perubahan bandar melaka ni..pesat membangun.Tempat pertama yang kami pergi sebaik sampai ke Melaka ialah Zoo Melaka. Nureen bukan main seronok lagi tengok binatang2 di zoo ni. Adik Nisryn plak biasalah...tidur jer kebanyakan masa..tak banyak sangat masalah nak bawak Nisryn berjalan..dia menangis kalau lapar dan nak tidur jer..selebihnya dia tidur..heheee..paling Nisryn suka ialah masuk shopping mall sebab ada aircond...sejuk!!