Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 1-Jul-2008 01:30
HARI TERBUKA
Hari ni semua ibubapa dijemput ke sekolah untuk melihat bagaimana sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) anak masing-masing. Di dalam kelas, abg aqil duduk bersebelahan dgn pelajar perempuan, kira kawan baik dia la, sensei dia ckp. Memang baik pun budak perempuan tuh. Semua pelajar situ ramah2 betul, banyak betul soalan dia org tanya pd mama dan papa, tanya pasal adik2 abg aqil ni nama apa, berapa umur dll. Di sini mama dapat lihat cara P&P di sini jika masa ada org selia atau org lihat seperti ini, caranya adalah secara normal, tidak seperti di Malaysia iaitu secara formal. Maknanya di sini, kalu kat Malaysia ni, mmg pelajar2 dah diberitahu awal2 da, ada ibubapa/jemaah nazir/pegawai PPD/JPN nk dtg ni, perangai kena jaga, dalam kelas duduk diam2, jgn bising, kalu cikgu tanya angkat tangan, pastu jwb dan duduk. Kan formal gitu. Bagus betul pelajar Malaysia kita kan. Huhuhu. Tapi di sini jauh beza, cikgu mengadakan aktiviti, dan pelajar2 akan melakukan aktiviti tersebut. Selepas itu, pelajar pegi ke depan dalam kumpulan, jadi cikgu semak dan betulkan mana yang salah. Maka mama dapat lihat pelajar2nya riuh melakukan aktiviti tersebut. Biasa lah kan budak2. Itulah yang dikatakan normal. Kalu di Malaysia ni, markah pengurusan kelas gagal rasanya kot. Tapi itulah yang bagusnya, mama dapat lihat secara normal itu bagus, jgn terlampau formal, pelajar diam jer, dan jangan terlampau bising pula, takut bukan aktiviti yg disuruh di buat, duk berborak mende lain pula ke kan. Rasanya kalu mama buat style mcm ni balik Malaysia nanti, mau nanti kena sound ngan cikgu lain pulak kang. Menganggu kelas lain nak belajar.
Bercakap pasal aktiviti yang diberi hari ni, mama pun tak berapa paham sangat apa ke benda nk dibuat. Hehehe. Jadi abg aqil tuh, dia asyik duk tanya kawan sebelah dia jer la, dia ikut jer la kawan sebelah dia tulis apa, jadi dia pun tulis jer. Pastu dia pun cuit kawan dia, tanya betul ke tak dia buat tu. Mama tersenyum jer tgk gelagat abg aqil ni. Cerdik jugak, dah tak tahu, jangan malu bertanya.
Bagus jugak ibubapa datang melihat suasana P&P anak2 di sekolah ni. Patut di Malaysia kena buat jugak macam gini, ini yang asyik duk dtg lihat jemaah nazir la, pegawai PPD la, pegawai JPN la. Patut sekali sekala tu, biar ibubapa dtg lihat gak, baru betul, baru tahu mcm mana anak kita ni belajar kat sekolah. Banyak main ke banyak belajar ke banyak khayal ke. Cikgu pandai ngajar ke, cikgu tak pandai ngajar ke. Jadi ibubapa boleh nilai sendiri. Tapi tu la, kena normal jgn formal pulak. Sebab kalu formal tuh, mcm berlakon pulak. Jadi tak real la, tak tahu suasana sebenar anak2 kita tu belajar kat sekolah. Mama ni bukan apa, suka melihat suasana atau budaya org, dan kalu yg baik/positif tu blh bwk balik utk praktikkan bila balik Malaysia nanti. Moga2 boleh juga, mama nk cadangkan nanti pada mesyuarat PIBG ke mesyuarat guru ke, buat satu hari macam ni. Bukan hari terbuka macam biasa tuh, ibubapa hanya datang ambik buku penyata pelajar jer. Tapi nak cuba buat mcm hari ni, ibubapa dtg melihat sesi P&P pulak. Ok, itu saja utk hari ni.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.