Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


collagen dah tampal cantik..
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
collagen dah tampal



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 12-Jul-2008 05:30
Malang itu tidak berbau... kisah tragis Dalila
Assalammualaikum mommies’ semua… mesti ada antara mommies semua tertanya² mana mama DD menghilangkan… & mungkin ada juga yg dah tahu suratan takdir yg telah menimpa Dalila & mamanya ini….

Pagi yg malang (30-05-2008 @ 7.30am)
Kebiasaannya mama akan masak air dahulu sejurus bgn tdo sebelum dalila bangun… & cecepat tanggal plak sejurus air mendidih…sbb takut kejadian mcm ini terjadi…
Ntah kenapa pg tu mama buat kerja lain dulu…. Sedang mama jemur baju kedengaran loceng gelang kaki dalila menandakan dia sudah bgn & menuju ke mama… siap menjemur baju mama & dalila masuk rumah mama terus masak air menggunakan cerek elektrik (plastik) untuk memandikan dalila, sambil tu mama mengemas barang² keperluan dalila untuk ke nursery…. Kebetulan pada hari itu cikgu nursery minta bawa butter, banana, a cup of sugar & flour … projek nak buat muffin pisang lah kot…. so mama ni buka tutup a laci ambik plastic & getah… laci tu adalah laci kedua kabinet dapur yg mana diatasnya cerek yg mama masak air tu. Mama mmg mcm x teringat jer mama sedang masak air & dalila duk main² kat laci tu turut sama ambik plastic & getah…tiba² mama terdengar dalila menjerit kuat ...mama toleh belakang tengok laci pertama terbuka dgn cerek di dlmnya (dalila cuba buka laci yg pertama..wayar cerek tu tersangkut menyebabkan cerek tu bergerak & jatuh dlm laci ).…. sepantasnya mama dukung dalila ke bilik air mandikan dia bahagian leher ke bawah… menjerit² panggil papa…masa tu mmg panik… mama buka baju dalila… Ya Allah! kulit di bahagian dada sebelah kanan tertanggal… kat tgn juga tertanggal… masa ni mama dah menggigil² sampai x leh nak piker apa dah…. bergegas kami bw dalila ke Hospital Putrajaya… dlm kereta dalila menagis x henti.. pegang, dukung semua tak nak….masa ni juga baru mama persaan muka dia sebelah kanan start merah & membengkak….

Sampai di unit kecemasan nurse sapu krim putih nak bg dia rasa sejuk… dia menangis lagi tanpa henti…& nak peluk mama jer… so krim yg sapu kat badan dia habis tertanggal….pastu menonggeng² dia menahan kesakitan….muka dia yg td merah tu dah tukar menjadi kehitaman & ada kulit yg dah start tertanggal masa nilah mama start nangis… x sanggup tgk dalila kesakitan mcm tu…mama tau papa pun x sanggup tgk dalila mcm tu.. tp papa mcm biasalah dia mmg cool, dia masih leh kawal perasaan dia..

Lebih kurang pukul 11.00 pg dalila masuk ward paediatrics. Dr dtg jumpa mama & ckp nak buat surgery ( tampal collagen) kat OT ke atas dalila ptg nanti & dalila kena start puasa…. w/pun susu x leh minum. Sbb kepenatan menangis dalila akhirnya tertido. Lbh kurang kul 12.00 nurse dtg bg dalila ubat tdo (pink syrup) nurse ckp dr nak buat surgery tu sekarang dekat ward sahaja. Kesian dalila baru nak tdo..dah kena kaco… mama angkat dia bawa ke bilik procedure… dia meraung² skali lg sampai hilang suara… lama juga derang tampal collagen tu… dlm pukul 1 baru keluar….
Mungkin kerana tampal collagen tu dlm keadaan dia sedar..maka collagen tu x lekat cantik…. X lama pastu dr yg tampal collagen tu dtg kat katil dalila bersama dr pakar… tgk keadaan collagen yg x lekat tu … dr pakar marah a… dia bebel a dekat dr tu… dia ckp dalila ni kecik lg mana bleh buat dlm keadaan sedar, kena buat kat OT bg dia GA (bius penuh)… so dr tu akur a… dia ckp kat mama nanti ptg kita buat semula kat OT… bengang gak lah mama & masa tu ada kawan² setempat kerja mama dtg.. meka pun bengang a… kesian dalila… x pepasal menanggung sakit tampal collagen tu…

Ptg tu kul 5.00 ptg dalila turun ke OT… masa ni yg mama sedih sgt… dalila menangis² minta susu “ nak shushu mama.. nak shushu papa”.. sampai ke OT pun dia masih menangis nak susu.. sampai tahap x leh pujuk dah….. ½ jam kat bahagiam pemerhatian… pukul 6.00 masuk dlm bilik bedah… mama menemani dalila…sehingga dia di bius… dlm mamai tu pun dia masih merengek.
“nak shushu mama”….bila dia dah x sedar dr minta mama keluar sehingga pembedahan selesai… sebelum mama keluar tu mama sempat lah cium badan dia…..masa tu airmata nak tertumpah mama tahan jer…mama setia menanti kat bilik menunggu bersama papa & ahli keluarga papa yg dtg dr Melaka… Pukul 7.45 nurse panggil mama bgtau mama buleh jumpa dalila… masa tu mama rasa nak lari masuk..x sabar nak jumpa anak mama tu…. Dalila masih lg merengek nak susu….rasa lambat nya masa berlalu nurse kata pukul 8.10 baru leh masuk ward…atleast ½ jam kena tgu selepas pembedahan…. Pukul 8.15 sampai kat ward… mama ty nurse buleh tak bg dia susu kesian dia nangis sejak td nak susu.. nurse kata bleh try bg sket dulu kalo x muntah leh bg... trus papa terus bancuh susu…Alhamdulillah dia x muntah selepas minum susu… 2 botol dia minum susu dlm keadaan mamai kesan bius….sepanjang mlm tu dia tdo agak lena..mungkin kesan bius & ubat tahan sakit masih ada…. Mama sepanjang mlm x tdo… setiap ½ jam mama kena keringkan collagen tu dgn hair dryer… collagen tu kena sentiasa kering… kalo basah dia akan tertanggal & kena tampal semula… mama x sanggup dalila sakit lg masa tampal tu nanti…. Sepanjang mlm tu jugaklah mama menangis … x sanggup rasanya mama tengok dalila yg sekecil itu menganggung derita kesakitan yg x terperi.. rasa bersalah menghantui mama….nurse dtg bg mama sokongan supaya mama tabah & kuat mengahadapi ujian Allah ini…mama kena kuat sbb mama nak jaga dalila… mama x leh nangis… sbb kalo mama nangis dalila juga akan nangis… so mama tekad xkan nangis lg depan dalila… sbb tu setiap kali kawan mama atau siapa sahaja yg dtg melawat dalila akan menangis tgk keadaan dalila…mama akan kuatkan semangat mama yg mama xkan menangis dpn dalila…mama kena kuat untuk anak mama….

Hr ke 4 jaga dalila mama rasa sakit bahagian peranakan mama sebelah kiri....(citer pasal mama nanti sambung kat entry lain lah ek…)

6 hari 5 mlm d hospital dalila dibenarkan pulang hari Rabu 4/6/08….tp yg sedihnya mama x pulang sama ngan dalila.. papa lah yg jaga dalila di rumah…papa lah yg menjadi nurse dirumah merawat dalila…

Saban hari kesan lecur dikulit dalila semakin pulih & collagen yg menggering tu akhirnya tertanggal sendiri… papa & mama akan gunting sedikit..sedikit collagen yg longkah tu…sehinggalah kulit dia bersih… Alhamdulilllah tiada sebarang jangkitan kuman… Kini lbh kurang sebulan lebih…(6 minggu)… kulit dalila semakin sihat…Cuma dr kata nak kembali normal ambik masa 2-3 bulan…
Sekarang ni masih lg follow up dgn hospital setiap 2 minggu… menurut dr kulit dia dah ok…Cuma skang ni dia rasa gatal.. dr kata gatal tu petanda bagus..menunjukkan sel kulit dia hidup… Alhamdulillah….dalila sekarang dah kembali lincah, ceria, menghiburkan mcm dulu…. Cuma kesan trauma tu masih ada… cthnya kalo mama pegang jug blender sekali pun dia akan ckp..”nanak…akut…” & lari ke depan… dia tahu apa yg terjadi pada dia..kalau mama tanya “adik sakit kenapa ni..” dia jawab,,” anas (maksud dia air panas)”

Inilah kisah malang dalila yg ingin mama kongsi bersama mommies semua….semoga pengalaman ngeri ini menjadfi tauladan kepada semua mommies agar lebih berwaspada….sesungguhnya malang itu tidak berbau…

Kalau sebelum ni mama berkongsi aksi/gambar ceria/comel dalila... tp kali ini ia berlainan...to mommies sumer sedia tisu dulu yek....& terima kasih sudi membaca coretan mama yg panjang ni hingga akhir...


Quote:
Terima kasih yg tidak terhingga ju ucapkan pd kawan² semua....sebenarnya ju bukan seorang yg sgt tabah.. ju terpaksa kuatkan semangat demi anak² especially dalila... sebenarnya 2 hr jugak ju x lalu makan...rasa lapar & mengantuk pun tidak... tp sokongan/nasihat ahli keluarga & kawan² yg byk membantu...tp sokongan yg paling jitu adalah dr hubby ju sendiri… dia teriam semua ni sebagai takdir dan nasihatkan ju suapaya terima ini sebagai satu ujian… dia pujuk ju suapaya makan…kalo x mkn camana nak dpt tenaga nak jaga dalila tu… kalo ju x mkn ju sakit nanti lg susah… Dia mmg seorang yg tabah.. byangkan masa jue dpt ta cyst ju perlu remove tu..ju menangis sampai tersedu²..sampai x terkata aper..sbb membayangkan ju yg akan terlantar & keadaan dalila yg mcm tu... ju mmg x sanggup sgt....tapi hubby ju lah yg byk pujuk ju...supaya menerima ini semua sebagai ujian dr Allah dan bersyukur sesungguhnya nasib ju jauh lebih baik dr org lain. Berulangkali dia pesan dgn ju supaya jgn terlalu memikirkan dalila... jgn risau pasal dalila... dia akan jaga... pikir untuk diri sendiri jer..yg penting ju sihat... Alhamdulillah akhirnya ju berjaya juga hanrungi ujian yg maha Esa ini.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.