| Friday, 11-Jul-2008 19:27 |
|
suatu pagi yg nyaman di perhentian pagoh...
|
|
7 june
masa ni kami dlm perjalanan balik ke simpang renggam dari kg.baru kl.. esoknye tu daddy dh nak fly ke miri... kami akan menyusul sebulan kemudian..
actually kami nak balik ke johor semalam petang, tapi ddy tukar plan sebab nak bg amni main puas2 ngan aunty2 n atok dia dulu..sbb pasni tgu raya ler baru jumpa lg..
dh tu lepas maghrib pun belum betolak2 gak, tukar lg plan esok pepagi plak sbb ddy pun dh penat malas nak drive memalam.. mmy ikut jek,sbb bukan mmy yg drive kan..
lg pun mlm tu kat umah ada usrah,bleh gak mmy usrah sekali sebelum balik..
kami pun dh pack semua beg siap2 dlm keta, so pepagi tu begegas le kami bertolak sbb mmy xkemas apa pun lg barang2 ddy ke miri tu.. so pulanglah kami pagi tu dengan lambaian selamat tinggal buat keluarga di kg.baru..panjang umur raya nanti kita berjumpa lagi dada!
namun ada insiden yg terjadi rentetan bertolak pagi hari itu..insiden yg Allah nak tunjukka pd mummy tentang halnya hati seseorag yg sekian lama dipendamkan.. dan mummy lebih lagi kenal hati budi dia selama ni...dan org disekeliling mummy juga.. bangkai gajah mana boleh nak tutup cuma dengan telapak tangan... mmy dh ambil pengajaran dari peristiwa2 sebelum ni, mengalah, bersabar dan abaikan jek walau hal yang belaku bagaikan bersultan dimata, beraja dihati... tapi bila diri sendiri yg membuka pekung di dada, apa lagi salah mummy.. dan kini mummy lebih berhati2 dlm menjalin hubungan sesama manusia.. buat baik berpada2, buat jahat jgn sekali.. dan sebagai manusia yg xsempurna ni,kita sesalu terlupa apa yang kita sedap bercakap tu tak selari dengan perbuatan sendiri.. demi utk menang berkata2, kita lebih rela menipu dan mengada2kan cerita.. bagaikan diri org yg paling mulia.. dialah manusia yg paling sempurna tanpa cacat cela.. takpe, kalau Allah nak tunjuk dengan sekelip mata akan tebongkar la semua.. namun kalaupun Allah xnak tunjuk didunia, di akhirat xkan terlepas jua.. Allah, jadikan aku org yg berlapang dada belajar dari takdir yang Kau telah suratkan ini.. simpangkan aku dari sifat2 yang tak Kau redai..
semoga dengan peristiwa ni juga ingatkan mummy bahawa menjaga akhlak tu sangat penting utk cermin diri dan memberi contoh kepada org lain terutamanya bg seorang wanita.. sebaik2 perhiasan adalah wanita yg solehah.. ya Allah, cukuplah hanya Kau yg menilai diri ku, sebab Kau lebih mengetahui apa yg tersirat di dalam hatiku.. sebab kalau nak bercerminkan sesama manusia, takut irihati dan hasad dengki yang menjadi hakimnya..
kita lupakan insiden yg cuma membawa airmata,kita berbalik pada gambar2 yg membawa ceria..
muka amni yg sembab bangun tido..
walaupun amni dh berusia 2 tahun lebih tapi peluang dia nak main kt play ground mcm ni boleh dikira ngan jari.. rasanya 5 kali pun xsampai..kesian kan, maklumlah daddy dia sgtlah busy..
wajah yg sering bawa keceriaan dlm hidup mummy..
|