Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 10-Jul-2008 13:02
My 1st Bun
Bz..bz..bz...lamanya tak update FP...anak dah cuti sekolah dok berperang dgn anak2 kat umah le pulak..kalau tahun lepas cuti sekolah mula je kami dah balik Malaysia dah...tahun ni ayah dia kata ...nak balik sama2...tunggu dia ambil cuti lama sikit..jadi kena le tunggu lagi 3 minggu le pulak ni nak balik..ish tak sabonya...tapi rasanya fikiran ni dah sampai Malaysia

Percubaan pertama buat roti.... ada rupa roti ke???? kelakar rupanya...
Inti kacang merah pulak...silap beli kacang...terbeli red kidney bean....patut le masa masak tu awat ler color nya tak merah gelap mcm dulu....pastu tgk plastik balik...ler....red kidney beans rupanya...bukan red bean...nak gelap kan colornya...saya memandai campurkan serbuk koko...ntah apa rasanya ek...heheh..ok jugak....not bad hahahahah.....





ROTI ASAS CHEF AINI SALIM
Fp Mamafami dari intan blog


BAHAN-BAHANNYA :

800 gram tepung roti
300 gram air sejuk (dari peti sejuk)
120 gram gula kastor
50 gram mentega
2 bungkus (22 gram) yis segera (instant yeast)
2 biji telur kecil
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh penuh Format (susu tepung)
1 sudu teh bread improver(omitted)

CARANYA :

1) Satukan yis dan telur dan pukul dengan tangan. Apabila sudah rata, masukkan air, tepung, gula, mentega, garam, baking powder dan Format. Adun hingga rata.
2) Masukkan adunan ke dalam mesin bancuh dan bancuh dengan kelajuan sederhana selama 10 minit. Gunakan pemukul khas untuk doh roti (pemukul yang bentuknya berpusar).
3) Keluarkan doh dari mesin dan uli lagi menggunakan tangan hingga ia licin. Jangan lupa bubuhkan sedikit tepung di tangan semasa menguli.
4) Biarkan doh dalam mangkuk adunan dan tutup mangkuk dengan kain lembab. Perap selama 1 jam.
5) Ambil doh sebanyak 35 gram dan bulatkan bentuk doh. Ulang cara ini hingga semua doh habis digunakan.
6) Bentuk doh mengikut jenis roti yang hendak dibuat.
7) Biarkan doh yang sudah dibentuk selama 45 minit lagi sebelum disapukan dengan susu cair atau telur dan bakar dalam ketuhar bersuhu 200 darjah C, selama 8 hingga 10 minit. -intan gunakan suhu 150 darjah selama 20minit..bila dah masak br disapu mentega..

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.