Satu kejutan yang tak disangka-sangka! Seminggu sebelum datang ke UK, ayah bagitau yang dia akan datang ke sini. Ayah ada hal lain sebenarnya. Jadinya, bila ayah ada selesai kerja dia, katanya dia akan singgah ke Birmingham. Subhanallah! Ni'mat / rezeki dari Allah ni memang kita tak leh nak jangka. Alhamdulillah, ayah datang ke sini (Birmingham) 4 Julai (Khamis) dan pulang ke Malaysia semalam (9 Julai). Tak banyak tempat bawa ayah melawat, memandangkan ayah dah terlalu kerap datang UK (it seems that almost every year he comes to Birmingham!). Sekadar bawa ayah gi shopping di beberapa tempat, Bull Ring (window shopping only!), Clarks Factory di Perry Bar dan M.Latiffs, beli 'buah tangan' untuk isteri, anak dan cucu-cucu

. Wallahu a'lam, sama ada layanan dari anak perempuan dia ni memuaskan atau tak. Cuma, harap ayah telah dapat rehat secukupnya di Birmingham, setelah penat berjalan sebelum datang ke sini. Insha-Allah, harapnya tahun-tahun berikutnya ayah boleh bawa chek sama datang ke Birmingham...