Well, another best client ever in my list. Anak Pak Teh (nama panggilan ayah farah), orang kaya Batu Kurau. Kebetulan ada bau-bau bacang dengan sebuah keluarga yang biasa dengan saya (saya yg biasa dengan keluarga tersebut), sangat rapat hinggakan kalau ada apa-apa event, saya tak tertinggal dalam list yang wajib dipanggil datang, dan kalau tiba musim durian, berkampunglah saya di situ. Kebetulan pada hari pertunangan Farah, ada family day syarikat saya. Nak tak nak, kena lupakan family day, datang ke majlis farah, walaupun pagi tu menyempat juga ke family day (Bukit Merah). Dan tunangan beliau, jejaka kacak dari kg. Expo Kamunting (tiada dalam gambar sebab tak ikut sekali). Budak farah ni memang suka betul berposing, pantang dapat instruction dari saya maka berposing la dia, tak sedar sampai ke petang dan saya terpaksa balik sebab puan besar dah masam muka. Hahaha. So, farah bercadang untuk hire saya lagi for their wedding in Nov. InsyaAllah, kalau tiada halangan, saya akan cuba. Anyway Farah, thanx for the sms "gambar cantik sgt la aziz, suka sangat..bla bla bla..." Susah nak taip, panjang sgt.