When : 6 July 2008
Where : Jabal Thur - Arafah - Muzdhalifah - Mina
Kelmarin bawa Dr.Atiq(adik ammu Hakim) menziarahi tempat bersejarah di Makkah.Atiq dah nak balik esok(7july).Mana ammu hakim?rasanya tengah syok makan nasi lemak sambal kerang di msia sana
Selepas Atiq solat asar di Harom,kami menuju jabal Thur,tempat persembunyian Rasulullah s.a.w bersama saidina Abu Bakr semasa hijrah.Disebabkan kesuntukan masa, Atiq tak berkesempatan utk panjat sebab ambil masa sekurang-kurangnya satu jam untuk sampai di atas sana.Nanti kita panjat bila Atiq datang haji insyallah Selepas bergambar dan membeli gambar kenang-kenagan utk Atiq,kami menuju Arafah pulak..ramainya orang disana ditambah dengan kumpulan2 unta dan kuda tapi jalan kena angkat kain(langkah2 berjaga dari terpijak "baja" )
Mula2 baba&Muhammad&Atiq naik unta bersiar2 selama lebih kurang seminit 2saat yang berharga 5riyal! Berehat minum air&makan aiskrim.Atiq pula naik ke jabal Rahmah.
Destinasi seterusnya ke Muzdhalifah,tengok2 saja tempat disitu dan terus ke Mina lihat khemah2 penempatan jemaah haji dan jamrah.Jamrah dijangka siap sepenuhnya haji ini sebanyak 4tingkat!
Maghrib dah semakin hampir,hantar Atiq balik ke Harom utk solat maghrib&isyak.
Lebih kurang jam 11malam,ambil Atiq utk makan malam di Damanhuri rest.
Atiq order mee goreng tapi mee goreng tu sangat "special" jadi bagi Muhammad saja makan Lebih kurang jam 1pagi,hantar Atiq pulang dan salam2 buat kali terakhir sebab Atiq akan pulang keesokkan harinya.
Selamat tinggal Atiq!Semoga hari2 selama di Makkah ini memberi 1001 kenangan!