Diam tak diam dah 9 bulan projek buah naga abang berjalan.... Dan alhamdullilah hasilnya dah mula nampak walaupun belum boleh buat sale tapi lepas la gak untuk makan sendiri ......isinya pun Setakat ni dah 2 biji yang dapat dirasa... tapi ada juga pokok yang tidak menjalar dan yang berbunga tidak semestinya berbuah....
Dalam minggu ni abang mula memasang pagar untuk keselamatan buah ada le story disebaliknya Psssst lain kali le story.
Lihat belakang tu tak nak tinggi...
Ini mesti jadi gamaknya...
Selain itu sekarang abang mula lak nak buat projek baru... Projek ternak lintah... menaip perkataannya pun dah rasa geli2, tapi abang kata semua tu RM.....
Projek kerajaan sekarang payah nak dapat, tempohari dapat tapi abang pulangkan kerna kos membuatnya lebih dari harga yang diberi berikutan kenaikan besi dan minyak.... Harap2 tak kena black list....
Ini la bakal sangkar si LIN
Proses pemasang sangkar..
Selain tu abang ada gak menanam pokok sayur2an, lepas la untuk makan sekeluarga....
Syukurnya dapat roomate yang tak reti duduk diam... Pokok jagung dan timun
Dah mula menjalar... Sapa2 nak buat lawatan bolehlah booking time, cuma abang pesan tempohari tunggu le sangkar LIN siap dulu....