Salam...
Hmm sekarang masa untuk membalas dendam. Balas dendam ? bukan balas dendam sebab sakit hati, tapi balas dendam nak menjahit.
Alhamdullilah sudah ada yang menanti sepanjang masa cuti semester ini, sambil2 menjengah blog dan fotopages rakan2 beaders yang lain, untuk menambah ilmu. Terima kasih atas idea kalian, moga anda akan dikurniakan lagi idea2 yang lebih lagi.
Kali ini saya paparkan, jahitan baju pengantin butik kawan saya. maaflah, kualiti gambar tidak cantik. kamera yang dulu masih belum dibaiki, dan ini saya gunakan handycam jer.
puas untuk saya fikirkan idea untuk menjahit kain lace ini.

rasa sayang kalau saya tenggelamkan kecantikan kain lace, jadi saya decide untuk letakkan beads dan batu spa Q sikit. susahnya saya nak mencari batu yang berwarna purple pekat. dan harganya, hmmm dah naik... tapi tak pelah, hatga saya belum naik lagi he he he. sengaja saya gunakan tone warna yang agak sama.
So, pada beaders yang nak komen, dialu-alukan
apa2 pun, happy viewing and keep on bling bling ya!!