Suatu kegembiraan kepada semua penduduk di Palmerston North kerana setelah 17 tahun akhirnya ais turun pada pagi 5 July 2008 jam 8.00 am sehingga 9.30 pagi. Ramalan kaji cuaca meramalkan hujan pada hari ini dan esok (6 July 2008). Setelah kedengaran bunyi yang kuat di atas atap rumah, kami keluar dan alangkah terkejutnya apabila hujan batu (hail) turun dan berterusan selama 1 jam. Akhirnya seluruh kawasan di palmerston north dilitupi oleh ais dan besarnya Rahmat Allah SWT kerana mengakbulkan doa kami supaya pada tahun ini at least ais turun di hadapan rumah kami. Kebiasaanya di palmy apabila winter cuma frost sahaja yg terhasil........
Semoga diberi peluang sebegini selalu supaya dapat melihat dan memikirkan kebesaran Allah SWT