Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 5-Jul-2008 10:00
Trip to Oslo (Day 5 - 28 June 08)
Hari terakhir di Oslo, kami berkumpul beramai2 dan bergerak ke Gronnland, satu tempat yang penuh dengan Asiatik and Asiamart...kira macam dok kat tempat sendiri jek kat sini..sangat jarang nampak Norwegian..agaknya dek sebab terlalu ramai refugees and org2 luar dari Asia..so, tempat ni mmg dimonopoli oleh mereka..Kami sempat singgah di satu kedai pak Arab...untuk makan kebab..Aisey, baru teringat...sepanjang 4 hari kami di Oslo..kebab dikira macam makanan ruji kami pulak..sampai naik muak lak bila masuk hari ke-5 tu..kalau kat Trondheim hanya ada satu tempat jek yg boleh cari kebab halal..di Oslo ni..mmg bersepah2..kedai halal..so, mmg tak jadi masalah..and lagi satu..banyak gak masjid dijumpai..kira macam..ada masjid Afghanistan la.masjid Pakistan..la..dsb, so takde la susah nak singgah solat bila2 masa..(kat Trondheim hanya ada satu jek masjid..kat situla semua org berkumpul utk solat Jumaat dan solat hari raya)..tapi, tu la..dok wonder jugak..kalau dah banyak sgt masjid nanti...tak ke umat Islam nanti been scattered...hmm..ada agenda sebaliknya ke?..wallahu'alam..



bergambar depan loppemarked yang diadakan tiap2 sabtu di kawasan gronnland..mcm2 ada...walaupun barangnya agak murah tapi takleh lawan harga loppemarked yg biasa diadakan oleh norwegian sendiri..

kemudian kami beramai2 dibawa ke Opera House..Opera House ni baru dibuka April this year..dan yang menjadi misteri tiles dalam building ni nampak warnanya macam kekuningan..taktau either it's not a quality tiles ke..atau mmg ada problem..camana ntah..so mereka still tgh investigate tempat tu..dan pulak..since matahari terik hari tu..and lantai luar tu warna putih..so mata kami susah nak bukak..tu yg silau semacam jek tu..



depan pintu masuk Opera House..silau semacam..

kemudian...kami kumpul beramai2 dengan keluarga k.rima dan k.normah juga....naik mini cruise utk lihat beberapa pulau berdekatan...ada lebih kurang dalam 4 pulau kot yg cruise tu singgah...dan kami stop kat salah satu pulau tu...



gambar ramai2 dalam cruise...aiseyman..bila la dapat peluang naik kapal beso belakang tu kan...(kapal tu ada yang ke denmark dan ke german)



ni pulau tempat kami stop..namanya Hovedoya..yg special kat pulau ni sebab dia mcm kota lama..so ada few couples yg amik kesempatan buat majlis perkahwinan kat sini..ala2 garden wedding la gitu..



tetiba nampak ada satu beach yg cantik kat sini..so, apa lagi..budak2 dah tak sabo2 nak terjun..sempatla kami berpicnic jap kat sini..nasib baik la k.normah and k.rima ada bawa bekalan..harap kami ni..makan free jek la yer kak..



it's time to say goodbye...isk isk isk...sedeynya kan...so, this is the last pic snap..sementara tunggu cruise tu datang balik bawa kami ke bandar...a very big happy malaysian families..hopefully lepas ni kita boleh jumpa lagi kan..
and stay in touch...



sampai di bandar...kami membawa haluan masing2...Hassilah bawa kami jalan2 ke Karl Johan Gate sekali lagi..dan since hari ni hari Sabtu..so, punyalah ramai manusia kat situ..letih dibuatnya..so, sempatla pulak posing depan patung bergerak ni..eheheh...diaorg ni pakai la baju apa2 yg menarik..pastu kalau kita bagi penger (duit)..dia mula bergerak dan buat aksi..bolehla amik gambo ngan diaorg..(macam2 gaya org cari duit kat kota beso ni ye..)



and lastly, ni last candid kami..depan hard rock cafe..ummi masuk jap nak beli t'shirt..eheheh..collection sejak anak dara lagi tu..and sempat jugak rush ke gronnland semula utk beli roti prata instant..ermm..nyum nyum..sedap..

thanks hassilah sebab bawa kami ke bermacam2 tempat sepanjang berada di Oslo ni..

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.