Masa balik bercuti tempoh hari kami sekeluarga ikut laluan Brunei-Labuan-Kuala Lumpur. Masa balik ke maripun kami ikut Labuan. Dari Brunei kami menaiki feri di Muara, Brunei ke Labuan yg mengambil masa selama 1 jam. Jarak rumah ke Muara terminal hanya 25 min. Cuma yg lecehnya di terminal Muara tidak disediakan trolley barang....huiiiiiii lenguh tangan kami anak beranak memikul bag2 dari feri ke luar terminal ..... terutama semasa balik semula ke sini sbb bag pun dah bertambah.
Dari jeti Labuan ke Airport dekat sahaja dlm 7-10 min perjalanan dgn taxi. Tiada gambar sekitar Labuan sempat diambil sbb kami sekeluarga tak ronda2 Labuan kali ini. Masa sampai tempoh hari kami terus ke terminal feri utk balik ke sini sbb badanpun dah penat.....maklumlah bangun awal pagi bersiap2 utk naik flight jam 7 lebih dari KL . Tapi kalau nak tengok gambar2 sekitar Labuan, boleh tengok di sini,gambar percutian thn lepas.
Sebahagian gambar semasa perjalanan pergi dan balik cuti tempoh hari yg sempat diambil.....
Feri yg dinaiki dr terminal Labuan ke Muara
Keadaan dalam feri yg dinaiki....oklah lapang dan tak ramai penumpang. Anak2 taklah boring sgt sbb dpt menonton citer kungfu yg ditayangkan sepjg perjalanan...
Pemandangan sebahagian bandar Labuan dr terminal Feri
Kapal bawa penumpang dan kenderaan dr Labuan ke Menumbok, Sabah. Suka tengok gambar ni sbb nampak air laut yg biru dgn awan putih yg berkepul2...
Pemandangan berhampiran terminal Muara,Brunei
Berhampiran terminal di Muara
Di balai berlepas airport Labuan ...
Hero2 mama posing dgn hero&heroin Aima , kami terserempak di LCCT... Abaikan budak kecik baju merah di belakang, entah anak sapa yg tumpang menyelit sama....