ada beza ke dari kedai makan omputeh lain????? hehehehehe
Hi kengkawan
Sebab aku nak pergi bercuti di hujung minggu, aku post di sini sesuatu yg korang bole buat dihujung minggu ni jugak. Tapi sebab laa ni dah jam 0108, dan aku dah nak tido sebab esok perjalanan ku mencecah lebih 6jam, so akan bg cerita seringkas mungkin.
Pada Sabtu baru ni, alaaa lepas aku memetik buah di Ladang Copas.... aku ke Cricklewood utk berehat sebentar. Sebab kami semua terlalu penat dan kebuluran la jugak, dan aku pun dah mendengar cerita2 best dari member labku Shaima (minah Arab yg cunnnn), kami pun mula bergerak ke Hampstead dan menuju ke
TINSELTOWN..... bunyinye mcm ceria je kan. Tempat nya pun memang sungguh ceria. Namun begitu, lokasinya sungguh kurang strategik. Nak pegi ke branch di central, jauh. Tapi yg di Hampstead ni mmg dekat dgn rumah si arman...dlm 10min je di
104 Heath St, London NW3 1DR
Itu la first time, aku dan hero ke Hampstead. Mana la kami tau, jalan nye seluas denai di kampung je. Ditambah plak dgn road construction, jam nye Tuhan aje yg tau. Nak tambah dugaan perut yg dah nyanyi lagu Cranberries ni, hampir semua la parking kat area tu 'RESIDENT PERMIT ONLY'. Parking bayar pun tak jumpa. Kitorg smpai 7 lebih. Pusing-pusing, lama2 aku yg pening. Jadik aku suruh Mr Ishak dan mr min duduk dalam keta pusing2 lagi carik parking. Biar yg Mrs masuk dan order.
Sebenonye lapau, so nak order la apa patut dulu...hehehehehehe 
.
By the way, teman2 sekali, tempat ni of course HALAL. Walaupun dalam menu tulis Bacon, tu cuma nak glamer, it's actually turkey bacon. so insyaAllah, tak perlu was-was. Last week dalam web, ada cert halal tu tp tadi aku check dah hilang. so aku dah ambik inisiatif emel ke diorg and this is their reply.
ooooo tgh renew lesen halal....
Smbung balik citer parking. Akhirnya cik abang berdua tu ronda-ronda dalam keta sampai pkl 8pm dan park di Doctor's parking di Hampstead Sq. Buat pengetahuan semua semua parking permit valid between Mon-Sat (8am-8pm). So kalau nak ke sana, aku cadangkan pegi lepas pkl 8 MALAM, supaya tak sakit kepala carik parking.
Masuk2 je, Mrs order milk shake sorg satu. Yang buat nafsu berganda kerana every meal ada description apa dia letak dalam menu tu. Huihhh bayang kan la milk shake VIP 1 yang aku order ni description nye
"VIP 1: Ferrero Rocher and ice-cream milkshake topped with rich chocolate sauce, whipped cream and a chocolate flake" 
tak ke terbeliak anak mata dan anak tekak!!! Dan sesungguhnye, apa yg di describe, that's what you get. Bukan sekadar, indah khabar dari rupa. Pastu aku ingat nak makan starter, so aku order la chicken wings. Sampai2, portion dia mak datuk...sape makan starter smpai 20 ketul wings????? So jadik la starter and main course aku!!!!
Jadi aku terus pancing hero ku supaya order Mix It Up triple decker!!! nama dia je dah describe besau mana la bege ni, jadi tak perlu la aku nak describe panjang lebar. Takut ada yg pose pun bole jadik tak tahan
Masa kami di sana, ada org smbut birthday. Mak aihhhhhh kalau korg bayar in advance 5GBP, surprise yg org22 kedai tu buat.... sungguh meriah smpai si arman nangis ketakutan sbb music is too loud.
Overall, visit kali ni mmg tak sesia. Kami siap bungkus bege separuh sbb dah tahap sebu perut makan. Yang penting, I have to finish my milkshake, yg tu cannot tapau maaa. Price di sini agak tinggi tp servis+rasa+portion yg tidak mengecewakan menyebabkan it's worth it. Tapi kalau selalu2, bole bankrap jugak la Scomi. Harap-harap review ni membantu sesape yg takde aktiviti weekend ni.
Ok kengkawan, I dah ngatuk and really need to go. Nite nite
ps: gambar yg lagi mengiurkan ada di Min&Eida's