Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 28-Jun-2008 09:00
Hantar Adik daftar berlajar di UiTM...
Seperti yang dirancang, kami bertolak dari rumah dalam pukul 6.30 pagi... Kami jangkakan perjalanan dalam 2 jam lebih sahaja, tapi pasal tak tau jalan, kitaorang jalan tersekat-sekat (walaupun tak sesat) sambil berenti tengok peta dan sebagainya... Akhirnya dalam pukul 9.00 pagi, kami sampai ke UiTM, Kampus Seri iskandar, Bota, Perak.


Permandangan dari hadapan UiTM Kampus Seri Iskandar...

Sesampai depan UiTM tu, sepanjang mata memandang la kereta berbaris untuk menunggu giliran masuk ke dalam kawasan UiTM. Kalau tengok gambar memula tu, nampak la sikit kenderaan berbaris. Tapi rasanya cara pendaftaran kat sini boleh dikatakan teratur. Untuk hari itu, pendaftaran hanyalah untuk kemasukan ke asrama sahaja. So, nanti masa pendaftaran pengajian esoknya, takdelah parent datang menyibuk dan berkeliaran. Lepak-lepak sekejap kat sini, tak tau apa nak buat. Nak makan, takde pot lak. Makanan memang dah siap bawak dari rumah tadi.


Yang makanan bekalan adik, maggi saja...


Sempat lagi membeli belah kat Gerai UiTM nih...

Dalam pukul 12.00 tgh, perut pon dah lapar... So, kitaorang tinggalkan la adik kat situ dengan tangisan ala manja gitu... Ala, adik kan datang sini nak berlajar. Jangan la nangis... Nanti ada ramai member, mesti seronok. Jangan lupakan pelajaran pulak...

Tak tau nak ke mana, kitaorang terus je jalan menuju ke Lumut. Betul... Aku memang langsung tak pernah lalu kat sini... Cuma pengalaman la di mana kalau dekat ngan Lumut tu, dekat la jugak ngan Teluk Batik... hehe.. Sampai sini, semuanya kelaparan, apa lagi.. Makan la... Berselera betul. Macam dah lama tak jumpa nasik jer... hehe.. Yang berdua tu apa lagi kalau bukan mandi laut. Memang dari minggu lepas lagi diaorang ajak pegi mandi...


Dah sampai Teluk Batik, apa lagi... Berkelah la jawabnyer...


Yang berdua ni, juara berendam.. hahaha...


Seronok tengok abah pon gembira hari nih...


Azuwa ngan tunangnya pon ada jugak...


It's my wife... I Like... hehe...

Lepas puas berehat, kitaorang carik cenderamata apa yang patut... Pastu terus balik jer. Ikut Sungai Besar lak balik... Sempat Mengeteh kat Tebing. hehe... Syok jugak hari ni ek.. Balik sempat gak sesat. Biasalah, buka biasa jalan-jalan ke sebelah sini.. hehe... bye...

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.