Pagi-pagi lagi dah hujan, rancangannya nak ajak Dr.Ali dan Bud ke Isesaki, saje je nak entertain Pak Arab ni pasal dia selalu sebut nak ke Isesaki, boleh la bawa makan kat sana sambil bawa anak-anaknya main kat Kezoji Park. Bila hujan dah renyai-renyai, kami pun bertolak ke sana. Tak ramai orang semasa kami sampai di sini, mungkin pasal cuacanya yang agak mendung so ramai yang berkurung kat rumah lagi.
Happy tengok diaorang ni main…..dah penat main, kami solat zohor jap kat Masjid Isesaki lepas tu menjamu selera kat Restoran Madina…buffet…seorang seribu yen je…kenyang bangat!