Jeti Pantai BNO (Bagan Nakhoda Omar), pintu masuk ke Kelong Paradise, syurga para pemancing..Disebabkan pancing memancing ini tiada kaitan dengan ku, aku hanya berkongsi tempat makan yang menarik untuk dicuba, di jeti ini..
Yang menariknya, semua makanan di pantai ini berasaskan udang (mee udang, nasi udang, bihun udang,etc) Kalau ingin mencari KFC, Pizza Hut atau Starbuck di sini, sah la anda sesat!
Inila mee udang yang dihidangkan..Sedap Kebanyakan menu berharga RM4 sahaja...setakat ini belum ada kenaikan harga sebanyak 40%.